Serious?!

Berhantu! Buang banyak kali tapi anak patung ini tetap pulang ke rumah

Oleh  | 

BIASANYA dalam filem cerita hantu sahaja kita jumpa anak patung yang dirasuk syaitan sampai ganggu tuan rumah. Biasanya yang kena adalah kanak-kanak sebab mereka memang suka bermain dengan anak patung. Tapi rupa-rupanya mereka sedang bermain dengan ‘hantu’ di dalam anak patung itu.

Kali ini cerita patung Elsa yang merupakan watak di dalam filem animasi terkenal, Frozen. Entah kenapa patung itu tiba-tiba boleh bercakap dan bernyanyi dalam bahasa Sepanyol walaupun suiz patung itu sudah ditutup. Ish, seram.

Seorang pengguna Facebook bernama Emily Madona menceritakan kisah seram itu di Facebook miliknya. Anak patung itu sebenarnya merupakan hadiah sempena Krismas yang lalu

Bila dah banyak benda pelik berlaku dekat keluarga mereka. Jadi, mereka pun buanglah patung itu. Tapi apa yang lebih mengejutkan ialah patung itu ‘pulang’ semula ke rumah mereka.

“Suami saya buang anak patung itu tiha minggu lalu dan kami jumpa semua anak patung itu di atas kerusi kayu.

“Lepas itu kami bungkus anak patung itu di dalam plastik sampah untuk dikutip dengan sampah yang lain dan pergi bercuti,”

Tapi keadaan menjadi semakin pelik apabila patung itu masih berada di rumah mereka. Ish meremang bulu roma baca cerita ini. Minta simpanglah benda yang bukan-bukan ini.

Sumber: Mirror Uk

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my