Serious?!

Beri kasih dan cinta pada bumi yang kian nazak!

Oleh  | 

Paparan dalam media sosial kini penuh dengan bencana alam yang sedang menimpa di merata tempat. Cumanya kita masih lemah jiwa kita pada simpati dan menyayangi pada alam. Kita juga lupa tentang kesan jangka lama yang bakal diterima kita semua. Memang sekarang rasa bahang, terik matahari masih lagi boleh tahan tapi bagaimana lagi 10 atau 20 tahun lagi. Masih samakah? 

Jika para aktivis alam sanggup bersusah-payah mahu mempertahankan pinjaman tuhan ini, bagaimana pula dengan kita? Sedarlah dari amalan sekecil membuang sampah di tong sampah pun dapat memelihara alam semulajadi. 

Menjaga bumi bukan setakat berkongsi post atau status di media sosial tapi mengiatkan diri dengan amalan penjagaan alam sekitar biarpun sekecil-kecil langkah. Jom kita sama-sama start…

Cukuplah bakar sampah

Buat kamu yang tak tahu, Malaysia telah ada undang-undang yang mengharamkan pembakaran secara terbuka! Kepada mereka yang suka bakar sampah diluar rumah sampai menganggu jiran tentang dah boleh berhenti. Jika disabit kesalahan, anda boleh di denda tak lebih RM500,000 atau penjara tak lebih 5 tahun atau kedua-duanya. Takut tak? 

Bawa beg shopping sendiri

Takkan nak tunggu kerajaan laksanakan bayaran satu ringgit untuk setiap beg plastik? Katakan tidak lagi pada plastik dan bawa sendiri beg shopping anda. Kalau sering lupa atau tertinggal, siap sedia terus didalam kereta atau lipat dalam beg tangan anda. Walaupun nampak remeh tapi jika ramai yang lakukan, mungkin produksi plastik akan berkurangan. Percayalah. 

Tukar kepada metal straw

Kini banyak restoran telah mengambil inisiatif untuk tidak menyediakan plastic straw. Menggelabah juga terpaksa minum tanpa straw but why not kita punya sendiri metal straw. Sama seperti membawa beg shopping, metal straw boleh mengurangkan produksi plastik dan paling penting ialah ia tidak lagi menyakiti penyu dilautan!

Asingkan dan ‘simpan’ sampah 

Kecewa bila Sis nampak tong sampah kitar semula bercampuk aduk sampahnya. Entah mana plastik, kertas atau kaca. Betapa tidak caknanya masyarakat kita tentang amalan kitar semula. Sikap membuang sampah merata-rata juga dianggap sangat childish. Apa salahnya ‘simpan’ dahulu sampah itu dan buang pada tong sampah atau bawa balik sahaja untuk buang di tong sampah rumah.

Tidak membazir pada makanan

Apa pula kaitan tentang makanan dan pencemaran? Menurut dari Berita Harian, sisa makanan boleh menjadi punca pemanasan global. Ini kerana proses penguraian mengambil tempoh yang panjang dan ini membawa kepada lambakan tempat pelupusan sampah. Tanpa kita sedar juga ia menganggu ekosistem alam semulajadi. 

Mulakan langkah pertama anda, tak perlu tunggu orang lain. Sebaiknya tetapkan dalam hati biar amalan kecil korang ini menjadi sumbangan besar pada alam sekitar. Mungkin ia boleh mempengaruh orang sekeliling korang untuk ikut. Selamat beramal! 

 

Penulis: Izzah Ab Aziz

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my