Dhiaventure

Bermula dari angan ‘time’ sekolah, lelaki ini kongsi pengalaman jelajah Eropah!

Oleh  | 

SEORANG pengembara bernama Ibn Battuta pernah berkata,

‘kembara akan membuatkan kita terdiam kemudian menjadikan kita seorang pencerita’

Baru-baru ini sis berjumpa seorang kawan yang baru pulang daripada kembara pertamanya ke benua Eropah. Ternyata Amirul Asyraf atau lebih selesa disapa sebagai Yoe memang mempunyai cerita tentang pengalamannya sepanjang mengembara. Tak semua orang memiliki wang untuk mengembara. Ada yang terpaksa menabung bertahun lamanya untuk melihat keindahan di tempat orang.

Itulah yang dilakukan lelaki Terengganu ini. Berbekalkan duit gaji yang dikumpulnya selama beberapa bulan hasil daripada bekerja di sebuah hotel, Yoe menempah tiket pesawat ke Scotland.

Yoe sudah menyimpan hasrat untuk mengembara ke Eropah sejak dibangku sekolah lagi. Ketika kakinya menjejakkan kaki ke bumi yang jauh beribu batu dari tempat kelahiran. Dia sudah tahu bahawa dia akan menjumpai sesuatu di tanah asing itu.

Tempat paling menarik

Yoe telah melawat ke beberapa tempat dalam kembaranya. Tapi hatinya tertinggal di Barcelona dan Scotland.

“Kedua-dua tempat itu mempunyai seni bina yang sangat cantik dan orang-orangnya sangat baik. Saya boleh berjalan seharian untuk tengok keindahan bandarnya. Kalau diberi peluang inilah tempat yang saya akan pergi lagi di masa hadapan”

Pengalaman terburuk

Bukanlah kembara namanya jika tidak berhadapan dengan cabaran. Yoe berhadapan detik paling sukar ketika di Jerman.

“Masa nak masuk Jerman dari Belanda, saya dan kawan-kawan sesat untuk mencari stesen bas. Bukan itu sahaja, alamat pada tiket itu pun agak mengelirukan. Bila tanya Uber, mereka kata alamat tu sebenarnya tak valid pun.

“Antara benda mencabar yang terjadi semasa kembara ialah sewaktu kami nak keluar dari German. Waktu nak naik bas, operator bas tiba-tiba tak boleh scan tiket kami. Sampailah ada seorang abang belakang kami tegur rupa-rupanya tarikh pada tiket kami itu adalah semalam.

“Selepas berbincang, kami buat keputusan untuk melalui jalan lain iaitu melalui Paris. Jika tidak, kami terpaksa bermalam di Jerman tanpa tempat untuk berehat,”

Selamat tinggal Eropah

Di sebalik cabaran dan dugaan yang dihadapi, kembara sebenarnya telah membuat Yoe lebih mengenali rakan-rakan kembaranya. Ini adalah antara perkara yang dikongsikan Yoe sepanjang kembara ke Eropah.

Apabila berada di tempat asing, Yoe belajar untuk mempelajari budaya, dan menghargai seni bina setiap tempat yang dilawatinya.

“Saya bekerja dalam bidang perhotelan. Kembara ini membuatkan saya melihat bagaimana negara Eropah melayan pelancong mereka untuk merancakkan industri pelancongan,”

“Tengah-tengah travel tiba-tiba sesat, salah beli tiket bas lah, dan banyak lagi bacaran yang berlaku,”

Apapun yang penting ialah skill untuk berhadapan dengan konfik dan menyelesaikannya.

Betul lah apa orang kata, kita akan dapat apa yang kita selalu doakan. Siapa sangka angan-angan Yoe untuk menjelajah Eropah sejak di bangku sekolah betul-betul menjadi kenyataan.

Ha, korang pun doa yang baik-baik tau. Mana tahu jadi nyata nanti. Keep on dreaming bak kata Neelofa. Gitu!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my