DhiaLova

Bersemut habis! Manis betul kisah cinta Justin dan Hailey

Oleh  | 

TAK ada cinta yang akan membuatkan kita membenci diri. Jika menjalinkan cinta dengan seseorang membuat kita selalu bersedih, mungkin dia bukanlah cinta yang sejati.

Namun, ternyata Justin Bieber dan Hailey mempunyai kisah yang sebaliknya. Sejak berkahwin, Bieber tidak menafikan perubahan yang dialami.

Kehadiran Baldwin dalam hidupnya telah memberikan kehidupan baru dan menjadikan Bieber mempunyai peribadi yang lebih baik.

via GIPHY

Model berusia 21 tahun itu banyak mendorong Bieber untuk mendapatkan bantuan dan keluar daripada masalah mental yang sering dihadapinya.

Menerusi sumber terdekat Baldwin dan Bieber, penyanyi lagu Baby itu seperti tergila-gilakan Baldwin. Baldwin adalah isteri terbaik untuknya. Inilah yang membuatkan Bieber bulat hati untuk menyunting Baldwin sebagai isterinya awal-awal dahulu.

via GIPHY

Namun, tidak ada kisah cinta yang tidak berliku. Pada tahun 2016, mereka sempat putus. Tapi mereka kembali bersama dan menjadikan hubungan mereka semakin kuat.

Semenjak bergelar isteri, Baldwin selalu memberi sokongan dan motivasi untuk Bieber. Baru-baru ini Bieber mengumumkan berehat daripada industri muzik untuk memberi fokus dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

via GIPHY

Bieber juga dikatakan selalu menyebelahi isterinya dalam apa jua keadaan dan menjadikannya seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab.

Apapun, semoga kita selalu menyokong dan membantu orang yang kita cinta sepenuh hati seperti Bieber dan Hailey. Awww, so sweet!

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my