Serious?!

Bersimpati, Fazura tawar bantuan kepada tunang arwah Muhammad Adib

Oleh  | 

BERITA pemergian ahli bomba, Allahyarham Muhammad Adib mencuri perhatian ramai orang, termasuk pemimpin negara, influencer dan artis.

Ramai yang menyatakan simpati terhadap keluarga dan rakan-rakan Allahyarham, termasuk tunangnya yang direncanakan bernikah pada hujung minggu ini.

Pelakon dan penyanyi, Fazura turut mengucapkan takziah kepada waris Allahyarham dan kesanggupan untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga Allahyarham.

Menerusi laman Instagram-nya, Fazura memuat naik gambar Allahyarham Muhammad Adib dalam tona hitam putih, dengan kata-kata yang menyentuh hati.

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Malam semalam salah seorang wira kita telah kembali ke rahmatullah. Beliau berjuang ketika menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau dan beliau juga telah bertarung untuk kekal bersama yang tercinta di dunia ini. Namun cinta Allah SWT kepada hambanya yang dikasihi itu jauh lebih kuat dari semua kasih sayang alam ini, walaupun ianya dikumpulkan di satu tempat pada masa yang sama. Tiada kata-kata yang dapat mengungkapkan perasaan Faz ketika ini. Faz doakan agar Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan insan yang yang terpilih lagi terpuji. Kepada keluarga Allahyarham, Faz doakan agar segalanya dipermudahkan dan diberikan ketabahan dalam menghadapi ketentuan ini. Doa dan ingatan Faz sentiasa bersama anda semua. Khas kepada tunang Allahyarham, Nurul Najihah Mohd Radzi, Faz doakan agar dikurniakan ganjaran kesabaran dan kekuatan dalam menerima pemergian insan yang tercinta semoga ketabahan itu menjadi contoh yang baik kepada Faz dan ramai lagi. Jika ada apa yang boleh Faz bantu untuk melalui dugaan ini, mohon dapat maklumkan Faz. Akhir kalam, Faz berharap semua bertenang dengan pemergian Allahyarham kerana beliau berada di tempat yang lebih baik. Sesungguhnya doa mereka yang dianiaya tidak akan ada penghalang antaranya dengan Allah SWT. Ameen. 💐 (Photo credit to owner).

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

 

Dalam pos tersebut, Fazura menyatakan doa khusus kepada tunang Allahyarham, Nurul Najihah Mohd Radzi, agar dikurniakan kekuatan dan dapat menerima pemergian tunangnya itu.

“Jika ada apa yang boleh Faz bantu untuk melalui dugaan ini, mohon dapat maklumkan Faz,” tawar Fazura dalam pos terebut.

Fazura bagaimanapun menyahdayakan ruangan komen bagi pos tersebut.

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my