Serious?!

Bertemakan rustic, ‘setup’ majlis pertunangan Ain Edruce dipuji netizen

Oleh  | 

SIAPA yang tidak mengenali pengacara Ain Edruce yang riuh dan kecoh semasa mengendalikan mana-mana rancangan televisyen. Itulah yang membuatkan dirinya selalu menjadi perhatian golongan muda di laman sosial. Menempuh fasa darah manis, Ain telah selamat menjadi tunangan kepada seorang ahli perniagaan bernama Amirul Hafiz.

FOTO: Instagram Ain Edruce

Mengakui perhubungan mereka bermula hanya sebagai kawan, kini kedua-dua hati itu telah bersetuju untuk disatukan sebagai suami isteri pada 13 Disember depan.

Ramai yang memuji dekorasi dan hiasan sekitar majlis pertunangan Ain Edruce tempoh hari. Bertemakan rustic, perancang majlis terkenal the calla sekali lagi tampil dengan rekaan yang kreatif dan cantik ilham daripada alam semula jadi. Tercegang netizen dbuatnya. Ramai yang memuji hasil sentuhan the_calla di ruangan komen instagram rasmi mereka.

Nah, kami belanja gambar di sekitar majlis pertunangan Ain. Team Dhia berharap hubungan mereka akan berkekalan dan selamat melangkah ke gerbang perkahwinan. Tak sabar nak tunggu majis pernikahan mereka nanti. Tahniah Ain dan Amirul!

FOTO: nuridasuraya

FOTO: The Calla

FOTO: The Calla

FOTO: Nuridasuraya

Terdahulu, nama the_calla pernah menjadi sebutan apabila rekaan pelaminnya untuk majlis perkawinan penyanyi terkenal, Yunalis Zarai menjadi viral. Bukan itu sahaja, rekaan untuk majlis Yuna itu juga menjadi perhatian apabila dimuatkan di dalam majalah fasyen terkenal dunia, Harpers Bazaar.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my