Be-You-Ty

Besarkan payudara secara semula jadi

Oleh  | 

PAYUDARA merupakan antara aset yang mempunyai daya tarikan yang sangat tinggi bagi kaum lelaki. Kebanyakkan wanita di Malaysia kadangkala tidak berpuas hati dengan saiz payudara mereka sendiri.

Sampaikan satu tahap sanggup membahayakan diri dengan memakan produk yang boleh menjejaskan kesihatan diri. Kalau ini bukan merupakan satu masala insecurity, tak ada lah plastic surgery untuk membesarkan payudara.

via GIPHY

Sebelum korang merisikokan tubuh badan korang dengan memakai produk-produk yang tak menentu, meh baca 5 langkah mudah yang korang boleh cuba.

Pengambilan makanan Hormon Estrogen

Terdapat banyak makanan yang boleh membantu membesar tisu payudara kita. Jadi korang banyakkan makan makanan seperti kacang panjang, kacang soya, daging ayam, bijirin gandum, kacang tanah, buah prun, buah aprikot kering, kacang buncis dan kurma.

Urut

Korang kena rajin mengurut payudara korang supaya peredaran darah korang akan sentiasa berjalan lancar dan kalau korang rajin, payudara akan kekal montok dan tegang! Ketika mengurut, gunakan minyak zaitun atau virgin coconut oil dan urutlah sebanyak 2-3 kali seminggu.

Berenang

Berenang dapat membantu membetulkan posture badan korang. Dan bila posture badan korang betul, barulah pernafasan pun betul dan payudara korang pun boleh meningkat saiznya. Gaya renangan dapat membantu membentukkan postur badan yang betul dan menlacarkan perjalanan darah pada badan.

Feed ’em boobs

Dari segi permakanan juga adalah penting. payudara juga merupakan otot yang memerlukan makanan dan nutrisi yang cukup. Antara nutrisi yang korang boleh makan untuk besarkan payudara adalah tomato, kubis, brokoli dan kekacang.

Masker payudara

Gunakan isi aloe vera sebagai masker untuk payudara korang. Kalau korang nak tahu, aloe vera boleh membantu regenerate sel-sel di payudara kita dan mengekalkan kesuburan secara semula jadi.

Sis harapkan korang dapat amalkan tips-tips semula jadi ni secara konsisten dan kalau korang rajin, hasilnya lebih memuaskan dan tak perlu risau tentang risiko kesihatan diri

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my