Serious?!

“Better check otak kat mana” – Jangan Bayar Challenge dikecam netizen

Oleh  | 

MACAM-macam benda yang orang lakukan untuk jadi famous. Tak kisahlah benda itu baik atau tak, asalkan nombor followers dekat Instagram meningkat, kira onz je la.

Baru-baru ni kecoh dekat laman sosial apabila dua influencers adakan cabaran baru iaitu #janganbayarchallenge yang meminta orang ramai untuk melarikan barang atau minuman tanpa membuat bayaran. Kemudian, aksi dan wajah jurujual yang terpingga-pingga akan dirakam.

Mungkin influencer itu menganggap cabaran tersebut hanyalah sekadar gurauan. Tapi nampaknya #janganbayarchallenge tidak berapa mendapat sambutan dan sekadar meraih kecaman netizen.

 

View this post on Instagram

 

Challenge terbaru, Tag kawan korang ! #zairulbuathal #jarangtakbuathal

A post shared by mohd zairul (@zairulgriezmann) on

Video berdurasi 44 saat yang dimuat naik oleh zairulgriezmann menunjukkan aksi mereka mengambil makanan dan melarikan makanan itu, bagaimanapun telah menerima kritikan di laman sosial sebagai mengarut, bodoh dan tidak masuk akal.

 

Dah bayar dulu

Namun, sebuah akbar tempatan ada menjelaskan bahawa mereka sebenarnya telah membayar makanan tersebut sebelum aksi mereka dirakam.

Menyesali kesilapan, influencer terbabit bagaimanapun akan mengubah konsep video yang lebih sesuai dengan masyarakat negara ini.

Bukan itu sahaja, mereka turut menjelaskan beberapa individu yang berada dalam video terbabit merupakan kenalan dan rakan-rakannya.

Apapun, setiap perkara yang kita lakukan memang ada kesan baik dan buruknya. Mungkin video itu bagi mereka hanya sekadar suka-suka tapi tanpa disedari telah membawa kesan buruk.

Jadi, dik. Ingatlah bahawa sesungguhnya kerana video challenge, engkau binasa. Gitu!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my