Serious?!

Betul! Da’i Farhan dah ceraikan isteri pertama

Oleh  | 

NAMA juara Da’i musim kedua ini makin hangat pula disebut-sebut netizen akhir-akhir ini. Nik Ahmad Farhan atau lebih dikenali sebagai Da’i Farhan mencetuskan kontroversi apabila bernikah dengan seorang perempuan berstatus janda di Mekah semasa isterinya sedang sarat mengandung.

Sebelum ini, Da’i itu pernah membongkar cerita bahawa sepanjang berkahwin pernah ada  18 orang perempuan yang berhasrat untuk menjadi isteri kedua kepada ustaz itu. Namun semuanya ditolak. Perasaan itu berlainan ketika dia bertemu dengan isteri keduanya di Mekah. Kerana pertemuan cinta mereka diibaratkan seperti Rasulullah dan Siti Khadijah, tak sampai hati ustaz itu nak menolak aura cinta semasa di sana.

Ustaz pun dah beritahu yang isteri pertamanya iaitu Fatin Nurul Ain dan dia pun sudah menerima keputusan ustaz itu untuk berpoligami. Tapi baru-baru ini lain pula ceritanya apabila viral sebuah kenyataan Facebook yang dimuatnaik oleh Asiah Abd Jalil yang dipercayai peguam kepada isteri pertama.

Katanya, Fatin yang tengah mengandung telah diceraikan dengan talak satu sebab nusyuz melalui aplikasi whatsapp. Yang tak tahu apa benda nusyuz tu, maksudnya seorang isteri tak taat perintah dan permintaan suami.

Bukan itu sahaja, dalam kenyataan itu juga ada mengatakan Da’i Farhan pernah pukul dan kurung Fatin tapi keluarganya telah buat laporan polis.

Ustaz kontroversi itu bagaimanapun telah mengesahkan lafaz ceria berkenaan seperti yang laporkan sebuah akhbar tempatan. Namun, tuduhan yang menatakan dia pernah memukul dan mengurung isterinya hanyalah fitnah semara.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my