Dhiaventure

Betul ke Ambuyat sejenis ‘yucks?’

Oleh  | 

AMBU-WHAT? Ha, mungkin ada di antara korang yang first time dengar perkataan Ambuyat. Kalau korang nak tahu, ia adalah sejenis makanan tradisional masyarakat Borneo ala-ala dessert.

Bagi kaum Kadazan, Murut, dan Bajau, mereka memanggil makanan ini sebagai ‘Linut’. Ia dibuat daripada tepung sagu dan air panas dan digaul sehingga likat.

Berikut adalah beberapa fakta yang korang kena tahu tentang Ambuyat.

FOTO: Will Fly for Food

  • Ambuyat biasanya berwarna jernih. Walaupun bentuknya tidak menarik dan kelihatan seperti gam, tapi rasanya cukup enak.
  • Biasanya akan dihidangkan pada waktu tengahari bagi menggantikan nasi. Ambuyat akan dinikmati bersama-sama lauk dan dicicah bersama-sama ikan bakar atau ulam.

FOTO: livingnomads.com

  • Menjadi menu wajib untuk kenduri kahwin. Biasanya akan dimakan secara beramai-ramai untuk mengeratkan hubungan.
  • Terdapat beberapa pantang larang nak makan Ambuyat ini. Antaranya, korang tidak boleh bercakap kasar serta kotor ketika makan dan menyediakan Ambuyat.

Korang dah rasa belum Ambuyat? Kalau dah rasa, cuba roger sikit dekat kitorang.

Betul ke orang cakap makan ambuyat macam telan kahak? Opss

Sumber: Berita Harian

BACA: “Tak habis-habis buat hal!” Instafamous diselar netizen kerana tak jaga sensitiviti makanan tradisi 

1 Comment

  1. SH

    22 February 2019 at 11:37 am

    Ambu-What!!!Kena try ni…

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my