Be-You-Ty

Betul ke bahaya pakai maskara setiap hari?

Oleh  | 

BAGI menampakkan wajah yang indah dan menawan, bahagian mata memang kawasan paling penting semasa solekkan bagi memberikan kesan menawan apabila dipandang. Sebab itulah ada yang sangat menjaga letak duduknya lukisan eyeliner dan maskara di mata mereka. Ia sangat berkesan untuk menutup kesan bawah mata seterusnya memberikan kesan segar dan nampak bertenaga.

Maskara pula memang penting untuk memberikan ilusi mata galak tanpa menggunakan bulu mata palsu. Yelah, mana ada masa nak tampal bulu mata palsu setiap hari, kan? Namun, kalau digunakan setiap hari, adakah maskara boleh memberikan kesan buruk kepada mata kita?

via GIPHY

Menurut Keira Barr dari Resilient Health Institute menyatakan risiko tersebut tergantung kepada beberapa perkara. Penggunaan maskara secara harian boleh mengundang sakit pada kelopak mata.

Ahli bedah plastik oculofacial, James Chelnis mengatakan mata mempunyai tiga kalenjar iaitu air, lendir dan minyak. Minyak akan menjadikan mata tetap basah dan memastikan ia tidak kering. Sekiranya minyak mata berkurang, maskara yang korang pakai boleh menyebabkan pori-pori pada area tersebut tersumbat.

Jika kita tidak membersihkan maskara dengan betul, ia akan menipiskan bulu mata dan membuatkannya berjarak. Cara terbaik untuk membersihkan solekkan ialah menghapuskan make up di sekeliling wajah kemudian memberi fokus kepada kawasan mata.

via GIPHY

Setakat ini, tak pernah pula ada kes maskara membuatkan bulu mata kerinting. Cuma, ada banyak kes melibatkan bekas maskara tertinggal menyebabkan keradangan.

Namun, kita diingatkan agar tidak menggunakan maskara lebih dari dua bulan dan jangan kongsi maskara dengan orang lain. Jangan celup maskara sebanyak dua kali kerana berpotensi menyebabkan infeksi.

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my