D-Life

Betul ke bulan puasa waktu terbaik untuk berdiet?

Oleh  | 

PADA ketika ini, kebanyakan orang berfikiran berpuasa bukan hanya sekadar memenuhi tuntutan agama sahaja. Banyak manfaat lain yang boleh kita lakukan menerusi berpuasa. Namun, betul ke puasa merupakan cara yang terbaik untuk diet ataupun ianya hanya sekadar stereotaip orang ramai? Betul ke dengan berpuasa kita boleh turun  berat badan dengan mudah?

Image result for diet

Foto: Bbcgoodfood

Menurut fakta, diet merupakan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk membantu mengurangkan berat badan dan menyihatkan tubuh badan. Kebiasaannya orang yang diet akan makan sehari sahaja setiap hari. Sekiranya orang berpendapat puasa boleh menurunkan berat badan, rasanya pendapat itu kurang sesuai kerana walaupun kita hanya makan sebanyak dua kali sahaja semasa berpuasa, kita tidak menitikberatkan khasiat makanan yang kita ambil semasa sahur dan berbuka.

Lebih-lebih lagi pada waktu berbuka. Dhia yakin semua makanan di bazar Ramadan korang akan cuba kan? Semua juadah yang dijual betul-betul menggoda iman!

Image result for bazar ramadhan

Foto: Rileklah

Belum cerita lagi jenis-jenis makanan yang kita ambil semasa puasa. Air batu memang tak boleh ditinggalkan lebih-lebih lagi selepas seharian berasa haus kerana berpuasa.

Kuih-muih yang sudah tentu mempunyai kandungan gula yang tinggi mesti menjadi salah satu juadah yang tidak boleh kita lepaskan semasa berbuka puasa. Lauk-pauk tak usah ceritalah. Semuanya menggunakan minyak. Kalau kita makan semua jenis makanan ini selama tempoh 30 hari, macam mana kita nak kurus?

Related image

Foto: Mothership

Pada pandangan Dhia, bulan puasa bukanlah waktu yang sesuai untuk kita menanam azam menurunkan berat badan. Bulan puasa ibarat pesta makanan untuk kita selama sebulan sebelum menjelang hari raya. Bila tiba waktu raya lagi lah tak tertahan bila tengok juadah-juadah yang enak.

Tak apa, puasa sebulan je dalam setahun. Enjoy moment puasa korang dengan menikmati perkara-perkara yang sukar kita lakukan semasa bulan puasa lebih-lebih berkumpul bersama keluarga di meja untuk makan bersama-sama. Juadah-juadah pada hari raya pun agak sukar untuk kita temui pada hari-hari biasa. So, rugi lah kalau bulan puasa dan raya pun nak berdiet kan?

Related image

Foto: Gulalives

Tapi selepas raya jangan lupa jaga badan dan pemakanan semula tau. Badan kita ni nak pakai lama sebab tu kita perlu amalkan gaya hidup yang sihat.

Alang-alang tak jadi nak diet lepas baca artikel ni, Dhia nak suggest dekat korang set steak yang termurah abad ini. Dengan harga RM26, korang boleh dapatkan Salmon atau Barramundi Grilled Steak dan air minuman untuk seorang. Mana nak dapat harga macam ni di tempat lain kan? So, pergi tengok dekat Superdeals cepat sementara promosi masih ada!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my