DhiaLova

Betul ke kalau umur dah cecah 27 tahun kena bagi mak menantu?

Oleh  | 

BILA berdiskusi tentang perkahwinan, pasti tidak akan ada penghujungnya. Lebih-lebih lagi topik yang dibualkan adalah tentang umur yang ideal bagi perempuan untuk mendirikan rumahtangga. Ada sesetengah orang berpendapat bahawa kaum wanita perlu berkahwin muda namun ada sesetengah orang kurang bersetuju dengan pendapat ini. Namun, pada ketika ini, korang boleh lihat kebanyakan perempuan memilih untuk mendirikan rumahtangga pada usia 27 tahun. Apa alasan mereka untuk berkahwin pada usia ini ye?

27 tahun merupakan umur yang matang

Menurut sebuah portal, sesetengah wanita berpendapat untuk berkahwin pada usia 27 tahun kerana wanita pada ketika ini perlu mandiri dalam kehidupan mereka. Faktor kemodenan menjadikan kaum perempuan diajar untuk mementingkan pelajaran dan pendidikan dahulu sebelum memikirkan tentang perkahwinan.

Betul juga, zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu. Kalau duduk rumah dan tunggu orang masuk meminang sahaja memang sampai ke tua lah jadi andartu. Tapi tidak dinafikan, pendidikan dan pekerjaan yang baik menjadi tuntutan kehidupan wanita sebelum memikirkan soal perkahwinan.

Selain itu, semakin meningkat dewasa perempuan akan jadi semakin selektif dalam membuat keputusan untuk hidup mereka lebih-lebih lagi tentang perhubungan. Semakin bercambah usia, semakin banyak pengalaman hidup yang korang lalui dan melalui pengalamanlah korang belajar untuk berhati-hati dalam membuat keputusan untuk kehidupan kita. 27 tahun merupakan usia yang terbaik untuk melangkah ke fasa hidup yang seterusnya iaitu berkahwin.

Usia 27 tahun merupakan puncak kematangan bagi perempuan. Pada usia ini, ramai wanita merasakan mereka sudah mula berganjak ke alam dewasa dan lebih matang dan bijak membahagikan priority dengan baik. Tambahan lagi, kebanyakan wanita pada usia ini sudah dikira stabil dari segi karier dan kehidupan mereka.

Tetapi, hal ini merupakan pandangan masing-masing dalam menentukan usia yang terbaik untuk berkahwin. Apa yang penting jangan membuat keputusan kerana orang lain. Pastikan kita sudah bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin okay?

Dah, jangan stress-stress lagi bila fikir tentang kahwin. Apa kata korang layan playlist yang Dhia nak belanja korang  ni okay? Enjoy! 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my