DhiaLova

Betul ke kita benar-benar boleh lupakan cinta pertama?

Oleh  | 

SETIAP yang pertama memang istimewa. Orang pertama yang buat kita gembira, hadiah pertama yang kita dapat, sekolah pertama yang kita belajar sehinggalah crush pertama kita dari kelas sebelah. Semuanya berharga. Walaupun sekuat macam mana pun kita cuba melupakan, tapi hati kita mesti akan teringat kenangan indahnya cinta pertama.

Susah nak lupakan macam mana bahagianya kita setiap kali nampak senyuman seseorang yang kita suka. Itulah kali pertama kita benar-benar merasai apakah itu cinta. Susah nak diceritakan bagaimana perasaan itu. Waktu itulah kita boleh sangat prihatin dan sayang kepada seseorang selain keluarga kita sendiri. Tapi, impaknya patah hati cinta pertama juga tidak boleh dibayangkan pedihnya.

via GIPHY

Waktu itulah kita menyedari bahawa kesakitan tersebut begitu pedih sehingga ada yang menangis setiap malam mengenangkan cinta yang tidak kesampaian itu. Ia lebih sedih daripada kehilangan kerja, atau berpindah ke bandar yang lain. Berikut adalah kisah cinta yang dikongsikan kepada sis tentang kisah cinta pertama.

Aishah (Bukan nama sebenar)

“Cinta pertama saya waktu zaman diploma. Lepas 2 tahun bercinta dia kata nak cari seseorang yang lebih matang dan ada banyak pengalaman. Lama juga saya nak lupakan dia. Dalam 5 tahun macam tu. Banyak benda yang saya buat nak lupakan dia. Saya mula buat hobi baru dan kekal single. Lepas saya jumpa orang lain, dia datang balik. Tapi tak boleh buat apa sebab saya dah jumpa orang baru,”

Aniqah (Bukan nama sebenar)

“Juga bertemu semasa  diploma dan menjalin cinta selama 4 bulan. Dia akhirnya meninggalkan saya. Waktu cuti semester dia mesej dan nak putuskan hubugan. Mungkin dah tak serasi. Saya menangis hari-hari selama sebulan. Lepas tu move on,”

via GIPHY

Pilihan sebenarnya di tangan masing-masing. Tak semua orang berpisah kerana orang ketiga. Ada yang berpisah kerana keluarga. Apapun, kalau bukan jodoh, kita kena belajar merelakan dan biarkan orang yang sebenar masuk dan kekal di dalam hidup kita.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my