DhiaLova

Betul ke lelaki lagi cepat ‘move on’ daripada perempuan?

Oleh  | 

DALAM masyarakat secara umum, semacam ada stigma bahawa lelaki lebih cepat move on berbanding perempuan. Benarkah begitu? Kenapa move on perlu ada asosiasi dengan gender-gender tertentu?

Putus cinta sama ada ditinggalkan atau dengan pilihan sendiri memang menyakitkan. Tetapi melangkah ke hadapan keluar daripada perhubungan yang telah ranap ialah satu proses yang tak kurang sulit juga. Time heals every wound, bak kata orang putih. Semua proses perlukan masa.

via GIPHY

Tetapi berapa lamakah masa yang ideal untuk seseorang itu move on? Dan benarkah lelaki lebih cepat move on daripada perempuan atau mungkinkah realiti menjelaskan sebaliknya?

Dalam salah satu episod siri podcast Sembang Barai di Ais Kacang, Youtuber terkenal Matluthfi serta Alina Banana (influencer media sosial) mengupas pendapat ini.

 

Benarkah perempuan susah nak move on?

Arlina berpendapat, apabila bercakap tentang move on, sebenarnya tidak perlu stereotaip kepada gender-gender tertentu. Semuanya bergantung kepada individu tersebut sendiri. Meskipun masyarakat selalu fikir perempuan lambat move on, tetapi ada juga perempuan yang tidak mengambil masa yang lama pun untuk melupakan bekas kekasih.

“Aku rasa tak ada kaitan gender dengan move on. Dia lebih kepada personaliti individu itu sendiri,” sokong Matluthfi.

via GIPHY

Bercakap daripada pengalaman peribadi, Arlina juga berpendapat orang yang meninggalkan sesuatu hubungan akan lebih cepat move on berbanding dengan orang yang ditinggalkan.

Namun hal ini dipersoalkan Matluthfi. Ada kemungkinan seseorang itu meninggalkan seseorang yang lain kerana merasakan kekasihnya itu beban kepada dirinya, tetapi menyesali tindakannya tersebut dan teringat-ingat kepada bekas kekasih. Rumit juga kalau begitu.

“Macam mana kau boleh tahu dia dah move on? Sebab dia post benda-benda happy ke?” tanya Matluthfi merujuk kepada hubungan terdahulu Arlina.

Namun bagi Arlina, jika seseorang bekas kekasih menunjukkan sisi gembiranya di media sosial, itu tidak bermakna dia sudah move on sepenuhnya. Mungkin juga si dia sedang menangis berduka lara ketika mengarang kapsyen dan memuat naik gambar tersebut, kan?

Pendek kata, sebenarnya teori bahawa orang yang meninggalkan lebih cepat move on berbanding orang yang ditinggalkan, lebih kuat berbanding dengan teori yang melibatkan gender.

Banyak lagi yang dibincangkan oleh Matluthfi dan Arlina Banana, kamu boleh dengarkan di segmen Sembang Barai di Ais Kacang!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my