Be-You-Ty

Betul ke makan kentang boleh menyebabkan punggung besar?

Oleh  | 

APA salahnya kalau punggung korang besar. Itukan merupakan kelebihan aset yang korang ada. Baru lah nampak cantik bila nak berfesyen! Pakai apa pun semuanya nampak cantik. Jika terlalu besar, ia agak kelihatan tidak sihat pula.

Pernah tak korang dengar kalau makan kentang mempunyai risiko punggung besar? Kentang merupakan karbo yang sihat untuk dinikmati. Mana mungkin ia menyebabkan punggung menjadi besar. Mungkin jika makan secara berlebihan boleh membuatkan saiz punggung membesar.

Korang jangan panik dulu, ini sis nak kongsikan kebenaran tentang kentang pada korang semua.

via GIPHY

Menurut Jurnal Nutrition Today, ia melaporkan bahawa permakanan yang seimbang secara normal iaitu mempunyai makanan yang kaya dengan karbohidrat semula jadi dan berfungsi untuk menambah prestasi fizikal kepada lebih baik.

Menurut seorang jurulatih kecergasan, Kimberly Yap menyatakan kentang menjadi pilihan utama atlet untuk mengantikan karbohidrat yang lain sebagai sumber tenaga.

Sumber: Unsplash

Memang tidak dinafikan kentang mempunyai pelbagai khasiat seperti zat cecair untuk kenyang yang lebih lama, serat yang bagus untuk sistem penghadaman, vitamin C dan B5 untuk kesihatan dalaman dan kecantikan kulit serta vitamin B untuk mengecilkan pembesaran tumor!

Rupa-rupanya kentang yang disediakan dengan cara bergoreng, lenyek atau berkrim itu adalah yang menjadi punca saiz punggung boleh membesar.

Sumber: Unsplash

Tambahan pula lagi, kulit kentang itu sebenarnya yang mempunyai nutrient yang penting untuk membantu kesihatan diri. Oleh itu, cara penyediaan kentang adalah penting bagi memastikan kelebihannya cukup didapati oleh kita.

Sis harap artikel ini dapat membantu korang untuk menjadi lebih bijak dalam menjaga permakanan yang sihat!

Sumber:Wanista.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my