D-Life

Betul ke menyanyi boleh hilangkan stress?

Oleh  | 

SIS percaya semua orang suka menyanyi. Tidak kiralah sekiranya korang mempunyai seuara yang lunak ataupun tidak. Seseorang itu akan mula menyanyi apabila mereka terdengar muzik atau lagu yang mereka gemari di sekeliling mereka.

Lebih-lebih lagi muzik mempunyai pelbagai genre yang boleh disesuaikan mengikut citarasa seseorang. Muzik atau lagu juga merupakan sebuah medium untuk orang menzahirkan perasaan mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu sedang bersedih, dia akan lebih cenderung untuk mendengar dan menyanyikan lagu yang bergenre sedih.

Fenomena seperti ini biasanya mampu memberikan stimulus yang positif kepada pendengar muzik. Kerana jika korang  sedang mendengar atau menyanyikan lagu yang sesuai dengan kondisi hatinya pada ketika itu, secara tidak langsung korang sedang menzahirkan isi hati korang yang sebenarnya tau.

So, jika seseorang itu sedang berada dalam keadaan yang sedih, kebanyakan mereka akan mendengar dan menyanyi lagu yang sedih sekali gus akan menyebabkan seseorang itu mengalirkan air mata. Hal ini akan melegakan perasaan orang yang menyanyi lagu mengikut kesesuaian kondisi hati mereka.

Menyanyi sememangnya memberi pengaruh yang positif kepada kita sekaligus kita dapat membuat curahan hati kepada diri sendiri. Sebuah kajian ada menyatakan curahan hati dapat melegakan perasaan seseorang yang sedang bersedih ataupun gembira. Haa, baru-baru ini sis berkesempatan untuk mencuba pakej karaoke di CEO Karaoke Box di  Fahrenheit 88. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, sis pun pergi kesana dengan perasaan teruja. Ye lah, siapa tak nak suka karaoke kan?

Untuk mereka yang gemarkan suasana karaoke yang tenang dan mewah, CEO Karaoke Box sememangnya tempat yang terbaik untuk sis sarankan. Selain tempatnya yang esklusif dan mewah, pusat karaoke ini juga menawarkan pakej makanan buffet yang lazat untuk pelanggan mereka. Bayangkan, sambil menyanyi lagu-lagu kegemaran korang, korang boleh menikmati juadah-juadah yang disediakan dengan selesa. Enjoy beb!

So kalau korang nak rasa sendiri pengalaman berkaroke di CEO Karaoke Box ini, korang boleh datang ke Fahrenheit 88 Mall di Bukit Bintang. Percaya kata sis, confirm korang tak akan menyesal. Selamat berkaraoke!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my