Serious?!

Betul ke minda artis-artis Hollywood dikawal?!

Oleh  | 

EEEE ! Wujud lagi ke yang dinamakan privacy? Demi korang semua, sis ambik risiko jugak untuk share pasal ni dekat korang. Apa kaitan dengan privacy? Okay meh sini sis terangkan. Zaman teknologi yang sekarang ni kita memang dah semakin advance dan ramai pun dah aware dengan keadaan yang kita lalui tiap hari. Contohnya, kita pergi kemana-mana saja ada mesti ada CCTV kan? Tapi, itu adalah bertujuan untuk safety. If it falls in the right hands!

Ramai orang kalau jadi apa-apa mesti nak keluarkan smartphone masing-masing lepas tu record. Sampaikan sometimes, kita rasa macam tak ada privacy dan tak boleh lari dari teknologi. Korang tahu tak hackers boleh hack korang punya webcam laptop dan microphone untuk lihat dan dengar kita tanpa kita sedar langsung? Ish paranoid la sis macam ni!

Tapi ada lagi sistem yang lebih maju,sistem ni dipercayai dirahsiakan oleh sesetengah pihak untuk memanipulasikan orang ramai! Sebenarnya sis pun tak pasti lah itu teknologi atau pun ia berfungsi macam mana. Teknologi atau sistem ini dipanggil MK Ultra. Benda ni dikatakan dimasukkan ke dalam otak dan boleh dikawal oleh orang lain! Wow ! Apa tujuannya ? So apparently, MK Ultra ni adalah satu sistem yang digunakan untuk mengawal minda dan mendapatkan informasi ketika sesi soal siasat dijalankan.

Ada yang mengatakan ia bertujuan untuk mengaut keuntungan daripada orang ramai.  Macam mana prosesnya? Well, let me tell you this, proses ni dijalankkan menggunakan kombinasi chemical dan beberapa jenis dadah yang lain. Bukan itu sahaja, MK Ultra ni mempunyai kuasa untuk hipnotis, alter mental state manusia, sensory deprivation, isolasi atau pengasingan daripada realiti dan macam-macam lagi kesan negatif. Dahsyat nya!

Dari mana datangnya MK Ultra ni? Siapa yang cipta? Mengikutkan sumber yang sis baca, Project MK Ultra ni adalah top secret dibawah CIA diketuai oleh Sidney Gottlieb, pakar racun dan agency chemist dan hanya diluluskan atas arahan CIA Director, Allen Dulles pada tahun 1953. Dikatakan, project ini bertujuan asal untuk digunakan kepada musuh  untuk mendapatkan informasi ketika Cold War 1950- 1960.

Apa yang menyebabkan ia menjadi lebih menarik, apabila MK Ultra ini menjadi antara salah satu teori terbesar di dunia menyatakan sistem ini digunakan oleh Illuminati kepada banyak selebriti-selebriti yang famous, such as, Lady Gaga, Beyonce, Kanye, Eminem dan ramai lagi. Mereka harus bersetuju dalam satu perjanjian bersama Illuminati kalau nak famous dan kaya dengan cepat!

Eh kejap ada bukti ke? Well, kalau korang tengok dekat YouTube, ada banyak compilation-compilation yang menunjukkan glitches atau gangguan yang menyebabkan mereka berkelakuan pelik. Pelik seperti, tiba-tiba frozen, pengsan dan dalam keadaan keliru. Yes, yes, sis pun ada terfikir mungkin itu behaviour normal macam kadang-kadang kita termenung dan sebagainya bukan?

Tetapi, perkara ini ditepis oleh ramai YouTuber yang menyatakan mereka juga ada freak out dan cuba speak out pasal benda ni. Glitches ini dikatakan boleh terjadi apabila a certain words disebut. Dan ada juga yang cuba menyampaikan kebenaran melalui lirik-lirik lagu mereka! So apa korang rasa? adakah ini semua sekadar satu konspirasi yang besar, atau ini baru pintu satu kebenaran yang besar disorokkan dari orang ramai ?

Itu lah yang sis cuba untuk kaitkan dengan privacy. Creepy tau minda kita boleh dikawal oleh orang lain dan mungkinkah itu yang dirasai oleh kebanyakkan mangsa-mangsa MK Ultra ?

Sumber :History.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my