D-Life

Betul ke nak cuci jeans kena masukkan dalam peti ais dulu?

Oleh  | 

CUBA korang bayangkan, di satu hari yang indah lepas korang balik kerja. Korang plan nak goreng ayam untuk makan malam.

Bila korang buka je peti ais, tiba-tiba korang ternampak seluar jeans terletak elok dalam freezer. Tak ke korang mengamuk?

Ha, jangan marah dulu. Sebab antara cara nak bersihkan jeans, memang masukkan dapat peti ais. Tak percaya? Ok sila baca artikel ni sampai habis.

Menurut CEO Levi’s Chip Bergh, sebenarnya bahan yang digunakan untuk membuat jeans memang mempunyai sifat tidak perlu dicuci dengan mesin basuh.

via GIPHY

Bergh juga mengaku dia tidak pernah mencuci seluar jeans miliknya sehingga 10 tahun. Tapi adakah cara tersebut akan membuat kita mendapat kesan sampingan seperti terkena penyakit kulit?

Menurut Kelly Love yang juga merupakan CEO Branch Basics iaitu sebuah produk sabun menyatakan semua itu bergantung kepada dimanakah lokasi kita berasa semasa jeans itu dipakai dan apa yang terjadi ketika memakainya.

Jika tempat yang kita pergi adalah tempat yang biasa dan normal, maka kita tidak perlu bimbang kerana ia tidak akan mengancam kesihatan dan tidak terlalu kotor.

via GIPHY

Terdapat dua cara untuk membersihkan jeans.

Pertama, simpan jeans di dalam freezer dengan suhu 18 darjah celsius ke bawah. Ia boleh menghilangkan bakteria sehingga 90 peratus.

Kedua, jemur di bawah terik matahari selama beberapa hari sehingga tidak ada bau.

via GIPHY

Tapi kalau seluar kita itu dah berdebu dan kotor sampai tak boleh tolerate, barulah  kita basuh dengan air dan sabun.

Untuk memastikan warna jeans korang kekal cantik dan tidak lusuh. Jangan gosok bahagian depan jeans korang. Barulah jeans korang akan tahan lama macam baru beli!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my