D-Life

Betul ke perempuan lebih ‘multitasking’ berbanding lelaki?

Oleh  | 

DULU kita selalu dengar orang cakap yang perempuan lebih multitasking berbanding lelaki. Yelah, kita boleh masak, pada masa yang sama jaga anak. Lepas tu kemas rumah sambil basuh baju. Tak ke hebat tu?

Tapi sebenarnya kajian menyatakan perempuan bukanlah lebih dalam melakukan pelbagai perkerjaan pada masa yang sama.

Kajian tersebut diterbitkan oleh PLOS One mencatatkan otak lelaki sebenarnya lebih efisien untuk melakukan banyak tugasan dalam sesuatu masa. Ia sekaligus membuktikan bahawa mitos mengatakan perempuan lebih multitasking  berbanding lelaki adalah silap sama sekali.

via GIPHY

Menurut Leah Ruppanner, profesor sosiologi dari University of Melbourne mengatakan sebenarnya tiada bukti menunjukkan yang perempuan lebih multitasking. Maka mereka pun menjalankan kajian dengan mengumpulkan 48 lelaki dan perempuan untuk menguji kemampuan mereka dalam bekerja.

“Lelaki dan perempuan bersaing menggunakan bahagian otak yang sama dan ini menyebabkan agar sukar meneliti siapa yang lebih multitasking. Ini kerana otak bekerja dalam satu projek dalam sesuatu masa,”

via GIPHY

Jadi selepas kajian tersebut dijalankan, para peneliti mendapati tiada perbezaaan bagi kedua-dua gender itu. Maksudnya, tak ada sesiapa yang lebih baik dan lebih buruk dalam multitasking.

Melalui kajian ini, para pengkaji menyarankan kepada masyarakat, perusahaan, keluarga untuk mengubah pola fikir yang menganggap wanita lebih baik diberi banyak pekerjaan sebab mereka ‘kononnya’ lebih multitasking.

via GIPHY

Jadi lepasni, sebarkan dekat kawan-kawan korang tentang benda ni tau. Biarlah kerja itu dibuat sama rata dan bukannya mengikut gender.

Sumber: CNN 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my