Sayang Dhia

Betul ke selaput dara hanya pecah waktu hubungan seks kali pertama?

Oleh  | 

PERKATAAN ‘dara’ dalam masyarakat kita memang sangat sensitif menunjukkan kesucian seorang perempuan. Korang mesti pernah dengar benda ini kan? Apabila perempuan itu dah tak ada dara lagi, maksudnya dia dah pernah melakukan hubungan seks. Nak tahu seseorang itu masih berdara atau pun tidak,ia ditentukan oleh bagaimana penutup pintu faraj akan berdarah semasa melakukan hubungan kelamin kali pertama.

Tahukah korang, bahawa itu semua adalah mitos semata-mata. Ya, sekali lagi, ia hanya mitos. Mengikut perkongsian yang ditulis oleh Prof Dr. Imelda Balchin,ia adalah satu kebiasaan jika seorang perempuan tiada selaput dara atau selaput daranya sudah pecah.

Sebenarnya adalah normal bagi seorang perempuan jika selaput daranya masih berlubang-lubang dan berpecah semenjak usianya 5 bulan di janin ibunya. Bahkan ada perempuan yang dilahirkan tanpa selaput dara langsung. Memang perlu ada lubang supaya darah haid boleh keluar  dari faraj perempuan.

Selaput dara ini pula bukanlah bersifat tegang. Ia lembut dan mudah menjadi regang terutama apabila seorang perempuan itu aktif bersukan, jatuh basikal, menunggang kuda, dan bukannya disebabkan oleh hubungan kelamin semata-semata. Lubang sedia ada boleh jadi lebih besar jika seseorang itu memakai tampon untuk kebersihan dan keselesaan bersukan.

via GIPHY

Jadi, janganlah fitnah seseorang perempuan yang tak ada dara itu pernah berzina dengan orang lain. Tak baik betul. Kalau seseorang itu melakukan hubungan kelamin kali pertama dan tak berlaku pendarahan, ia bukanlah bermakna perempuan itu pernah melakukan seks bebas sebelum berkahwin.

Selaput dara yang pecah adalah normal bagi orang perempuan yang tidak pernah membuat hubungan kelamin. Janganlah terlalu bimbang tentang selaput dara kerana ia hanya selaput.

Jadi, apa lagi? share la artikel ini kepada kawan-kawan korang supaya mereka ada pengetahuan tentang isu dara ni dan tidak menjadi fitnah kepada sesiapa.

 

Sumber: Twitter Dr Amalina

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my