Serious?!

Betul ke Syatilla Melvin sindir TMJ?

Oleh  | 

BARU-BARU ini platform social media kecoh dengan satu pergaduhan sindir menyindir antara dua pihak. Akan tetapi betulkah sindiran diantara mereka ini?

Selain dunia tengah sibuk tentang penyebaran Coronavirus, Malaysia tiba-tiba tersentak dengan dua statement daripada TMJ dan juga Syatilla Melvin.

Namun, apakah punca kedua mereka ini mengeluarkan kenyataan-kenyataan berikut dan benarkah mereka menyindir masing-masing?

Sis dengar, semalam gempar dengan satu dakwaan yang timbul yang mengatakan salah seorang pemain bola sepak JDT yang bernama Safawi Rasid dikatakan semakin merosot.

Namun prestasinya dikatakan merosok kerana dipaksa untuk berkahwin dengan cepat oleh teman wanitanya yang merupakan seorang pelakon iaitu Syifa Melvin.

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim menceritakan prestasi pemain bolanya itu merosot dalam profil instagram milik beliau.

Foto:Murai.my

Selain dari itu, TMJ juga turut memuat naik status di instagram profil miliknya mengenai tentang perhubungan diamana pasangan lelaki sepatutnya bukan menjadi tempat untuk bergantung dari segi kewangan.

Foto:murai.my

Bukan itu sahaja, Syatilla juga turut memuat naik status di profil miliknya yang memihak kepada adiknya itu.

Foto:Murai.my

Berikutan seakan menyindir dan membalas kenyataan TMJ. Tidak lama selepas itu TMJ pula memuat naik satu kenyataan diamana wanita itu seakan berpura-pura baik.

Foto:Murai.my

Sis harap semuanya baik-baik belaka dan jika ada salah faham maka selesaikanlah dengan aman.

Sumber:Murai.my

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my