Serious?!

Biar betik, Saharul Ridzwan nak jadi rapper?

Oleh  | 

PELAKON kelahiran Pahang, Saharul Ridzwan mengambil keputusan untuk hanya menjadi rapper kerana ia lebih sesuai dengan kemampuan vokalnya.

Selain itu, dia juga enggan menggunakan teknologi autotune semata-mata untuk memantapkan suaranya kerana tidak mahu menipu pendengar.

Menurut pelakon yang popular menerusi drama Jangan Benci Cintaku ini lagi, menyanyi memerlukan bakat dan tidak boleh dipaksa sesuka hati.

“Dari sudut lakonan, kita memang boleh belajar, tetapi menyanyi perlukan bakat. Kalau suara tidak sedap, buat apapun, memang tidak akan sedap”. ujarnya.

Wah, salute-lah kat Saharul ni! Ni baru lah artis yang betul-betul membuktikan bakat menyanyi secara semula jadi. Tak salah kalau nak menyanyi, tetapi perlulah mengikut kemampuan diri kan?

Mahu tahu lebih lanjut perkembangan Saharul Ridzwan yang terkini, kamu boleh baca di PenaHot. Klik di sini!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my