Dhiaventure

Biar betul! ada jambatan ajaib wujud di dunia?

Oleh  | 

AKAN aku bina jambatan untuk kau terus ke hatiku

Wah, bukan main romantik lagi ayat berbunga-bunga yang selalu diucapkan kekasih kamu itu.Tapi tunggu! Bukan itu jambatan yang ingin kita bincangkan kali ini. Tapi kami ingin membawa kamu meneroka binaan jambatan yang gah tersergam yang kamu mungkin tidak menyedarinya.

Danyang-Kunshan Bridge, China

FOTO: Techy updates

Dengan jarak 102 batu, jambatan ini telah menjadi antara jambatan terpanjang di dunia. Ia telah mula dibuka kepada orang awam pada tahun 2011. 10 ribu pekerja diperlukan untuk membina jambatan yang menelan belanja sekitar RM 20 bilion ini. Hebat bukan?

Millau Viaduct, Perancis

FOTO: www. Perencanaan Struktur Gedung

Lupakan  menara Eiffel untuk seketika dan mari beralih kepada binaan jambatan yang digelar Millau Viaduct ini. Jambatan ini telah dibuka kepada umum pada tahun 2004 dengan ketinggian sebanyak 343 meter di Lembah Tarn. Jika kamu memandu di atas jambatan ini pada waktu pagi, kamu seolah-olah dipeluk oleh gumpalan kabus yang gebu  dan mempersonakan!

Jambatan Vasco da Gama, Portugal

FOTO: EJ Atlas

Dengan jarak melebihi 10 batu, jambatan ini telah berjaya menghubungkan bahagian utara dan selatan Portugis. Nama jambatan ini dipilih bedasarkan nama kepada  tokoh pengembara ppertama di eropah yang berjaya sampai ke India melalui laut pada abad ke 15. Bukan itu sahaja, jambatan yang dibina merentasi Sungai Tagus ini juga mampu menahana angin sehingga 155 mph.

Jambatan Beipanjiang, China

FOTO: Wikipedia

Dengan ketinggian 560 meter , jambatan Beipanjiang atau Duke Bridge kini menjadi jambatan tertinggi di dunia. Kewujudan jambatan ini dengan belanja sebanyak RM604 juta  mampu menghubungkan beberapa kawasan seperti Liupanshui dan Qujing dalam masa hanya tiga jam!

 Jambatan Emas, Vietnam

FOTO: XTRA

Sejak jambatan ini dibuka kepada umum tahun ini, ia telah menjadi buah mulut pelancong. Mana tidaknya, terdapat sepasang tangan gergasi seolah-olah memegang jambatan perkenaan yang dilihat begitu unik dan kreatif sekali gus menarik perhatian pelancong dari segenap benua. Jambatan sepanjang 150 meter itu dibina di gunung Da Nang dan menelan belanja sebanyak RM8 bilion.

Sumber: Independent

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my