D-Life

Biar betul banyak berpeluh bermakna banyak membakar lemak?

Oleh  | 

BERSENAM atau tidak, ada manusia diantara kita yang memang secara semula jadinya kuat berpeluh. Tak kira lah buat apa sekali pun mesti berpeluh. Kadang-kadang duduk saja pun boleh berpeluh.

Ada juga yang memang bersenam tapi baru je berapa minit bersenam, tapi dia punya peluh tu tak ingat dunia! Basah macam baru lepas keluar kolam renang.

via GIPHY

Baca juga: Miss V berbau? 5 Cara yang korang wajib amalkan

Lepas tu banyak kali jugak kita dengar orang yang kuat berpeluh ni bagus. Kononnya sebab bakar lemak yang banyak hanya dalam masa yang singkat? Betul ke?

Meh sini sis bagitahu korang, sebenarnya fakta tersebut adalah MITOS! Sebenarnya individu sebegini mempunyai masalah dengan sistem peluhan mereka sendiri.

via GIPHY

Baca juga: Rahsia untuk kita-kita je, Rupanya 4 jenis teh ini buat kurus!

Biasanya yang sering berpeluh ni atlet lah kan dan korang tahu tak setiap atlet biasanya berpeluh sebanyak 1.5 liter satu jam dan berat yang berjaya dibakar adalah 1.5 kilogram.

Berpeluh sebenarnya bukan bererti lemak korang terbakar dan ia boleh menjadi petunjuk bahawa melakukan senaman fizikal yang banyak dan betul.

via GIPHY

Yang penting korang kena minum air selepas bersenam agar tubuh badan kita tidak dehydrated!  Berpeluh secara berlebihan boleh mejadi petunjuk korang bersenam dan badan cuba mengekalkan suhu yang sihat.

Jadi pastikan korang bersenam dengan betul baru boleh lemak terbakar. Bukan itu sahaja, permakanan yang sihat juga adalah amat penting untuk korang kekalkan berat badan yang sihat dan normal.

via GIPHY

Sis harap artikel ni dapat memberikan kefahaman pada korang yang suka bersenam tu dan jangan pula keliru jika korang jenis yang kuat berpeluh tapi tak kurus-kurus tu ya!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my