Serious?!

Biar betul?! Baru darjah 5 tapi dah ajak ‘main’, kau rasa?

Oleh  | 

ZAMAN digital dengan kemunculan dunia maya ni sebenarnya telah banyak merubah cara pemikiran. Impaknya bukan hanya terkena kita yang dewasa ini sahaja, malah kanak-kanak pun turut sama menerima kesannya.

Ia boleh jadi sesuatu yang memberi banyak manfaat seperti berit dan informasi maklumat dengan hanya satu butang klik di hujung jari. Tapi kalau adik-adik kita di sekolah rendah tak diajar dan dikawal bahan apa yang dicari di Internet. Banyak benda buruk yang akan mengisi hidup diorang sepanjang membesar nanti.

Entah kenapa sejak akhir-aknir ini banyak pula masalah sosial macam hisap gam, dadah, membuli  termasuklah terjebak dalam ketagih pornografi dan seks. Lebih menyedihkan apabila mereka yang tersungkur ke sisi gelap ini adalah adik-adik kita yang masih bersekolah.

Seorang penceramah bernama Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkongsi kerisauannya terutama kepada pada ibu bapa apabila terdapat satu kes di mana seorang ibu menggeletar apabila membaca surat cinta yang diterima anaknya.

surat cinta yang diterima anaknya rupanya bukan sekadar menyatakan perasaan suka malah mengajaknya untuk ‘tidur’ bersama. Lebih mengejutkan ialah anaknya pun tak mengenali siapakah budak perempuan tersebut.

Fairuz turut berkongsi beberapa punca kenapa seseorang budak itu oleh menjadi sebegitu.

Tidur dengan mak ayah

Apa yang mak ayah begini fikirkan? Tak pernah ke terlintas di fikiran anak ini boleh mencuri pandang jimak yang dilakukan oleh mereka? Expect anak dah tidur? Tak pernah ke mereka terdengar cerita  kisah gadis muda ketagih seks sebab selalu tengok mak ayah berjimak depan mata dari kecil

Tengok pornografi

Masing-masing dah tahu kesannya bilamana viral kes budak lelaki 12 tahun rogol kanak-kanak perempuan 4 tahun setelah terangsang tengok video lucah.

Tak cukup dengan tu, beberapa hari lepas keluar lagi isu yang lebih kurang. Seorang budak lelaki 11 tahun ‘rogol’ kakak sepupu yang berusia 12 tahun. Walau suka sama suka, tapi term rogol terpakai kepada pelaku bawah 18 tahun.

Puncanya sama. Terangsang tonton video lucah dari telefon bimbit.

via GIPHY

Ajak kawan-kawan tengok video porno sama-sama

Kawan-kawan yang telah akses pornografi mengajar rakan-rakannya yang lain di sekolah. Sebelum ni ada budak lelaki darjah 1 ajak kawan lelakinya ke tandas untuk main rogol-rogol.

Jadi mangsa sex grooming tanpa sedar

Ada pihak yang tak bertanggungjawab seperti ayah, datuk, abang, sepupu, bapa sedara, kawan kepada ayah atau individu yang ada akses dengannya telah membina trust dengan si kecil ini untuk tujuan seksual.

Walau budak ini telah menjadi mangsa cabul atau rogol (nauzubillah), tapi dia tak tahu yang dirinya mangsa. Pemangsa telah berjaya buatkan budak ini percaya perbuatan itu normal dan menyeronokkan.

Lepas jadi mangsa, child sex predator ini akan belanja makan, bagi hadiah atau lain-lain ganjaran.

via GIPHY

Benda ni mungkin korang tak tak berapa nak kisah sangat melainkan kalau ia berlaku dalam kalangan kita. Jadi, sebelum ia merebak dan menjadi lebih besar, eloklah kita saling berjaga-jaga dan mengingati adik-adik kita agar tak terjebak.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my