Serious?!

Biar betul, ‘high heels’ sebenarnya direka untuk lelaki?

Oleh  | 

SIAPA sangka kasut high heels  yang menjadi keagungan para gadis kerana dapat memberikan mereka lebih keyakinan dan keseksian rupanya dibuat untuk lelaki!

Ya, jangan melopong dahulu, kamu tidak salah baca. Memang pada awalnya high heels dicipta untuk digunakan para bangsawan Parsi untuk menampakkan mereka lebih tinggi berbanding orang lain seperti yang ditulis CNN Indonesia.

Dengan memakai kasut tumit tinggi, ia juga membantu mereka untuk stabil dan mengelakkan daripada terjatuh semasa menunggang kuda.

FOTO: Mental Floss

Selain itu, ia juga digunakan para tentera yang duduk di atas pelana kuda dan membuat mereka dapat membidik anak panah secara tepat.

Menginjak kurun ke 18, Raja Loius turut menggunakan kasut high heels sebagai simbol kekuasaan. Memandangkan kasut tumit tinggi menjadi sesuatu yang dekat dengan kerajaan, kasut itu menjadi tidak popular semenjak revolusi Perancis.

Namun, situasi ini berubah pada abad ke 19 apabila ia mendapat sambutan oleh para wanita. Ini kerana high heels membuatkan tubuh para gadis kelihatan lebih menarik. Ia secara tidak langsung menjadi sesuatu yang dekat dengan diri dan peribadi wanita berbanding lelaki.

via GIPHY

Revolusi penciptaan dan gaya kasut tumit tinggi menjadi semakin kreatif apabila Christian Dior mula mereka kasut tumit tinggi yang bertatahkan batu permata.

Sehingga hari ini pelbagai gaya kasut telah mula dihasilkan oleh lambakkan jenama di dunia.

Oleh itu, keluarkan kasut tumit kamu di dalam almari dan melangkahkah dengan yakin seperti para bangsawan zaman dahulu kala!

Sumber: merdeka.com 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my