D-Life

Ini caranya untuk makan sedap walau poket semakin ‘sendu’

Oleh  | 

JIKA  kamu tinggal di sekitar Kuala Lumpur atau Lembah Klang, memang susah untuk dapatkan makanan dengan harga murah. Apalagi jika kawasan kamu di tengah pusat bandar dan dikelilingi bangunan tinggi dan hotel-hotel tumpuan pelancong.

Tidak kurang RM20 untuk sehari makan. Itu belum lagi jika kawan-kawan kamu jenis suka mengajak makan di tempat fancy, barulah hipster katanya!

Rileks, kerana kami ada cara untuk bantu kamu makan sihat walaupun duit kamu sudah semakin sendu!

Rancang pemakanan kamu

via GIPHY

Bila dah berjimba di kedai makan yang mahal-mahal, simpan sikit duit untuk beli barang keperluan dapur supaya boleh survive beberapa minggu sebelum gaji. Tuliskan apa yang perlu kamu beli. Tapi sebelum itu semak dahulu apa makanan yang ada dalam peti ais dan almari kamu. Mungkin ada lebihan makanan yang tanpa sedar masih tertinggal. Ini penting bagi mengelakkan pembaziran.

Jangan pandai-pandai beli benda lain

via GIPHY

Ha! Bila dah buat senarai barang tu jangan pula tangan itu pandai-pandai masukkan benda tak penting dalam bakul beli belah kamu. Pilihlah makanan dan bandingkan harganya dengan jenama yang lain. Ingat, selalunya makanan mahal berada pada eye level kamu. Jadi rajinkanlah diri belek-belek jenama lain sesuai dengan bajet kamu yang sendu itu. Kamu  malas sangat, sekarang ini dah ada banyak apps beli belah yang boleh bantu kamu untuk bandingkan harga.

Masak sendiri!

via GIPHY

Ha, bila dah beli barang dapur ala-ala gadis Melayu terakhir itu jangan pula tidak masak. Ada yang berpendapat untuk masak makanan untuk bekalan seminggu pada hujung minggu. Apabila kamu masak dengan air tangan sendiri, kamu lebih teliti mengenal pasti bahan di dalam masakkan kamu. Kamu boleh mengawal kuantiti garam, sukatan gula atau perasa masakan dalam hidangan.

Masak dalam portion yang banyak

via GIPHY

Masak dengan hidangan kuantiti yang banyak  dapat menjimatkan masa dan tenaga kamu. Kamu boleh simpan lebihan hidangan kamu di dalam peti ais dan panaskan untuk makan keesokkan harinya. Kamu akan menyedari bahawa cara ini benar-benar membantu kamu menjimatkan wang.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my