D-Life

Biar betul letak darah haid dekat muka gara-gara nak jadi cantik?

Oleh  | 

SIAPA je dekat dunia ni tak nak jadi jadi cantik? Sebenarnya macam-macam cara korang boleh pilih untuk jadi cantik. Produk-produk kecantikan di pasaran pun ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Selain guna produk, korang juga boleh jadi cantik dengan cara semula jadi.

Tapi sanggup ke korang gunakan darah haid untuk jadi cantik? Selamat ke? Ke korang rasa asalkan cantik semua pun boleh!

Baru-baru ini, tular di laman sosial tentang seorang gadis yang menggunakan darah haidnya untuk mencantikkan wajah. Serious la?

FOTO: Instagram

FOTO: Instagram

Sebenarnya di luar negara, perkara ni dah jadi rutin untuk gadis-gadis dekat sana. Seorang gadis yang berasal dari California dengan nama Instagramnya, @demetra_nyx merupakan salah seorang wanita yang “memperjuangkan” kebaikan menggunakan darah haid dalam kehidupan seharian. Selain bertujuan mencantikkan wajah, gadis ini juga mengajak wanita lain supaya menghentikan stigma masyarakat tentang darah haid sebagai satu perkara yang kotor dan menjijikkan.

Gadis berumur 26 tahun ini mengalami haid yang pertama pada usia 12 tahun. Ketika itu, dia menganggap perkara ini sangat memalukan dan menjijikkan. Disebabkan itulah dia menyembunyikan haidnya daripada pengetahuan orang lain.

Demetra pernah cuba memakai alat pencegah kehamilan untuk stop kan haid dia tetapi dia mengalami kesakitan yang teruk hingga sukar untuk bangun daripada katilnya. Sejak tu, pandangan Demetra mengenai haid berubah. Dia tidak lagi malu dan jijik dengan darah haidnya sendiri. Malah, dengan yakinnya Demetra meletakkan gambar darah haidnya disertai dengan caption yang berani mati tentang haid.

Salah satu gambar di Instagram nya menunjukkan gambar peha Demetra dengan perkataan “shameless” yang menggunakan darahnya dengan caption yang berbunyi,

“Pernah ada satu ketika saya berasa risau tentang tanggapan orang lain terhadap saya. Lama kelamaan saya rasa perkara ini tidak perlu untuk saya fikirkan. Apa yang saya lakukan sekarang bukan untuk meminta persetujuan sesiapa pun.

“Kerana pada akhirnya apa yang saya dapat melalui perkara yang saya lakukan ini adalah cinta yang mendalam dan ini dipersetujui oleh diri saya sendiri.

“Atas sebab inilah saya berani untuk menunjukkan darah haid saya secara umum. Sedikit sebanyak dapat menyedarkan para wanita lain dan selebihnya untuk kepuasan diri saya sendiri.

“Saya menemui keseronokan melalui ritual ini. Saya suka lakukan dan berkongsi kepada semua orang tanpa perlu fikir tanggapan mereka terhadap saya,” katanya.

Demetra banyak berkongsi selfie nya mencalit darah haid di muka. Salah satu caption nya di Instagram menerangkan tujuan gadis ini menjadi lantang tentang darah haid.

FOTO: Twitter

“Saya akan lakukan perkara ini setiap bulan hingga orang ramai jadi lali.

“Saya akan lakukan perkara ini hingga pandangan tentang darah haid adalah kotor dan menjijikkan tidak lagi diajar kepada gadis-gadis muda.

“Saya akan lakukan perkara ini sehingga para wanita boleh melakukan seks ketika haid tanpa memikirkan diri mereka dalam keadaan yang kotor.

“Saya akan lakukan perkara ini sehingga kita tidak merasa yang “kebocoran” adalah perkara yang teruk dan jijik,” katanya.

Pada Dhia, menjadi lantang dan memperjuangkan sesuatu perkara itu tidak salah asalkan perkara itu betul dan tidak memudaratkan diri sendiri.

Sumber : https://www.unilad.co.uk/

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my