Serious?!

Biar betul! Lilin aromaterapi bau kentut laku keras?

Oleh  | 

KALAU nak sembang tentang bau aromaterapi biasanya kita akan ingat bau haruman bunga atau buah-buahan yang menyegarkan.

Jika nak ikut logik akal, mana ada orang nak buat lilin aromaterapi dengan bau muntah, bau peluh, atau bau kentut.

Namun baru-baru ini, sebuah syarikat di California bernama Stinky Candle menghasilkan lilin dengan bau yang tidak menyenangkan. Lebih mengejutkan lagi apabila ia laris di pasaran dan mendapat permintaan yang tinggi!

FOTO: Daily Mail UK

Jeffrey Bennett yang berusia 57 tahun pada awalnya hanya bereksperimen untuk membuat produk yang baharu diinspirasikan daripada ahli keluarganya yang rata-rata menggilai bau busuk.

Melalui lilin aromaterapi ciptaan Bannet, ia menawarkan bermacam jenis bau seperti bau badan, muntah, bersin, klorin, duit, anjing basah, bawang merah dan bau daging busuk.

via GIPHY

Lebih aneh lagi apabila ada pelanggannya yang membuat permintaan untuk menggabungkan dua bauan sekali gus seperti bau badan dan bau perut kembung.

Bau yang tidak wangi ini dihasilkan daripada campuran beberapa bahan. Ia dimulakan dengan mencairkan bahan seperti kedelai, paraffin dan pewarna. Apabila lilin sudah cair, bau tersebut akan bercampur pada suhu yang berbeza.

Jadi, korang pula macam mana? Sanggup ke nak bakar lilin bau mayat hidup dalam bilik korang? Hiks!

 

 

Sumber: CNN Indonesia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my