Be-You-Ty

Bibir kering dan luka semasa berpuasa? ‘Say no more’!

Oleh  | 

BIBIR yang sentiasa lembap dan kemerahan adalah tanda kita memiliki bibir yang sihat. Namun, banyak faktor yang boleh menjadikan bibir kita kering dan mengelupas. Selain daripada kurang air dalam badan, penggunaan produk bibir dan gincu yang salah juga menjadi penyebab bibir korang menjadi kering.

Macam mana caranya untuk mengatasi masalah ini ye? Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ni. Dhia percaya semua orang ada masalah yang sama. Kalau nak tahu bagaimana caranya untuk mengatasi masalah ini, baca tips di bawah ini sampai habis tau!

Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Kedua-dua makanan ini tidak hanya membantu untuk pencernaan sahaja. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga bagus untuk kesihatan mulut kita tau. Perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi vitamin C kerana ianya boleh membantu bibir kita menjadi lebih sihat dan cerah.

Sikat bibir semasa memberus gigi

Bibir pecah dan mengelupas sebenarnya terhasil daripada sel kulit mati pada bibir kita. Salah satu cara mudah untuk mengatsi masalah ini adalah dengan menyikat  bibir korang dengan menggunakan berus gigi. Lepas korang sikat bibir korang dengan berus gigi, confirm bibir korang boleh jadi licin dan lembut tau. Kalau tak percaya, cubalah!

Pakai lip balm setiap hari

Bila bibir dah kering dan mengelupas, jangan pula korang apply gincu. Ini akan merosakkan lagi bibir korang. Untuk mengatasi masalah bibir kering ini, korang perlu memakai lip balm setiap hari sehingga bibir korang menjadi lembap semula. Ingat, elakkan penggunaan gincu buat sementara waktu okay? 

Jangan jilat bibir

Sebenarnya, menjilat bibir bukannya membantu untuk melembapkan bibir malah ianya boleh menjadikan bibir kita lebih kering dan mengelupas. Lepas ni jangan biasakan jilat-jilat bibir kononnya nak basahkan bibir yang kering tu ye.

Apapun, tak perlu keluarkan duit yang banyak pun sebenarnya untuk mendapatkan bibir yang mongel. Semuanya korang boleh lakukan di rumah sahaja. Selamat mencuba girls!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my