Be-You-Ty

Bibir pecah merekah, jangan sampai berdarah!

Oleh  | 

ANTARA keadaan yang tak best dalam hidup ini ialah apabila ada hari bibir kita tiba-tiba sakit, merekah dan pecah. Nak makan pun susah, nak senyum pun seksa!!!

Pasti semua orang pernah lalui situasi ini, kan? Hal ini selalu berlaku apabila tiba musim panas atau musim hujan apabila cuaca sejuk dan panas daripada hari-hari biasa.

Satu hal yang perlu semua gadis-gadis faham, tak seperti bahagian kulit lain, kulit bibir tidak mempunyai kelenjar minyak. Kerana itulah apabila terlalu terdedah kepada cahaya matahari, bibir kita akan kering.

Selain faktor cuaca, bibir kering merekah juga boleh diakibatkan oleh diet yang tidak seimbang, kesan ubat dan juga kerengsaan.

Kalau bibir kamu kering seperti situasi di atas, jangan biarkan lama-lama. Kalau berlarutan, bimbang nanti akan merekah, membengkak dan berdarah. Nanti susah pula.

Jangan bimbang, ini kami rangkumkan sedikit tip, jika keadaan ini berlaku kepada anda.

 

Kurangkan menjilat bibir

via GIPHY

Menjilat bibir sebenarnya akan mengeringkan lagi bibir. Jadi jika kamu beranggapan menjilat bibir akan membasahkan bibir kamu yang kering itu, hentikan pemikiran sebegitu. Jika kamu jilat bibir disebabkan lip balm berperisa, elakkan memakainya ketika bibir terlalu kering.

 

Gunakan pelindung bibir

Jika kamu banyak terdedah kepada cahaya matahari, elok benar kamu memakai lip balm sebelum keluar rumah. Ini dapat mengelakkan bibir kamu yang kering daripada terus merekah.

 

Jaga kelembapan kulit

via GIPHY

Untuk kekalkan kelembapan bibir, kamu sentiasa perlu minum air supaya bibir kamu kekal segar dan terhidrasi. Jika perlu, kamu boleh pasang pelembap udara (air humidifier) di dalam bilik atau ruang kerja kamu.

 

Bernafas melalui hidung

Eh, memanglah kita bernafas melalui hidung! Cuma tip ini untuk mereka yang mungkin lebih suka bernafas melalui mulut berbanding hidung. Bernafas melalui mulut ni eloklah dihindari kerana boleh membuatkan bibir kamu yang kering tu menjadi lebih teruk.

 

Hindari penggunaan ubat-ubatan tertentu

Ada beberapa ubat boleh meninggalkan kesan sampingan kepada bibir yang mengakibatkan kering dan pecah. Antaranya, ubat untuk depresi, anxiety, alergik dan juga masalah pernafasan. Rujuk nasihat doktor atau ahli farmasi untuk dapatkan preskripsi yang bersesuaian.

 

Sumber:  WebMD

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my