Serious?!

Big Jam 2019 masih hangat, Hujan dan Masdo gamatkan suasana

Oleh  | 

ACARA Hot FM Big Jam telah berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dengan penuh kemeriahan Sabtu lepas. Acara ini ternyata mendapat sambutan hangat daripada orang ramai walaupun sudah 7 tahun Big Jam tidak berlangsung.

Acara yang berlangsung selama 12 jam bermula daripada 12 tenghari hingga 12 tengah malam ini telah berjaya menarik 40 ribu pengunjung. Menurut Ketua Audiens Melayu Ripple, Nik Nor Azura Mahmood, acara Big Jam tahun ini adalah hadiah kepada pendengar-pendengar setia Hot FM sejak penubuhannya 13 tahun yang lalu. Ini merupakan sebuah penghargaan kepada peminat-peminat yang menjadi penyokong setia kepada jenama ini sejak tahun 2006.

Line up 23 artis popular

Barisan artis-artis kesayangan ramai seperti Syamel, Xpose, Aiman Tino, One Avenue Band,  Wany Hasrita,  Nabila Razali, Ippo Hafiz serta Caliph Buskers telah menghiburkan peminat mereka seawal jam 4 petang. Selain konsert, Big Jam 2019 juga menyajikan aktiviti-aktiviti menarik seperti cabutan bertuah dan pelbagai perkhidmatan serta permainan yang terdapat di booth digital seperti Dhia, The Laki, Lunaria dan Donna.

Manakala pada sesi malam pula konsert berlangsung meriah dengan persembahan gabungan artis baharu dan lama seperti Neon, Ayda Jebat, Masdo, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Ara Johari, Faizal Tahir, Hujan, Haqiem Rusli, Siti Sarah, Hazama dan The Penglipur Lara.

Hujan dan Masdo gamatkan suasana 

Kemunculan kumpulan Hujan dan Masdo menggamatkan suasana pada konsert sebelah malam. Kerelevenan kumpulan Hujan ini tidak dapat dinafikan lagi apabila penonton membanjiri konsert pada malam itu hanya kerana ingin melihat band kesayangan mereka beraksi.

Hujan juga telah menyampaikan seleksi lagu-lagu hit mereka sejak awal pembabitan mereka dalam industri nyanyian. Antaranya seperti Dugaannya, Bila Aku Sudah Tiada, Kotak Hati, Jiwa Kelajuan dan Ku Mahu Kau Tahu. Rata-rata penonton pada malam itu turut terhibur dan menyanyi bersama mereka.

Make sure korang simpan semua kenangan malam ni bak kata @hujanband Bila Aku Sudah Tiada #BigJam2019 #MITATourismcarnival2019 #Malaysiariders2019

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

Selain itu, kumpulan Masdo yang lebih dikenali sebagai Geng Pak Maon tidak kurang hebatnya apabila kemunculan mereka sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat mereka. Menyampaikan tiga lagu hit mereka seperti Dinda, Bunga dan Bercanda di Malam Indah, kumpulan Masdo merupakan salah satu artis yang mendapat sorakan meriah daripada penonton pada malam itu.

Acara ini merupakan hasil kerjasama Hot FM bersama Malaysia Riders 2019 dan Malaysian Inbound Tourism Association (MITA). 

Ha! So power ke tak Hujan dengan Masdo malam tu? Apapun, team Dhia nak ucapkan terima kasih buat korang yang sudi singgah ke booth kitorang Sabtu dan Ahad lepas. Jom intai-intai sikit apa yang berlaku sekitar booth Dhia masa Big Jam 2019 hari tu. Enjoy!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my