Serious?!

Bikin hati cair, siapakah si tampan ‘Jekfer’ Kampung People ini?

Oleh  | 

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah yang tahu. Semenjak drama Kampung People yang disiarkan di TV3 menjadi perbualan ramai. Pelakon yang baru setahun di dalam industri hiburan ini tiba-tiba juga menjadi sebutan, Memegang watak Jekfer, Hun Haqeem semakin mendapat perhatian para gadis dekat luar sana.

“Eh, siapa pula pelakon ini”

Mungkin inilah yang pernah terdetik dekat dalam hati korang apabila wajah Hun Haqeem muncul di kaca televisyen. Sebenarnya, Hun pernah juga membintangi beberapa siri telefilem sebelum ini cuma mungkin tak berapa nak dikenali. Jadi, dalam artikel ini, apa kata kita selongkar sikit siapakah jejaka bernama Hun ini?

Bukan pertama kali berlakon

Sebenarnya, ini bukan pertama kali Hun pernah terlibat dalam dunia lakonan. Sedar atau tidak, sebelum ini dia juga pernah berlakon dalam drama seperti Cari Aku Di Syurga, Cinta Belum Tamat Tempoh dan Tasbih Usang.

Berkat wajah ala-ala artis Korea

Dikatakan mempunyai wajah ala-ala artis Korea, Hun dilamar syarikat produksi Metrowealth pada November lalu.

Baru berumur 22 tahun

Jejaka kelahiran Kuching, Sarawak ini rupanya dilahirkan pada 7 Januari 1998 dan baru sahaja berumur 22 tahun. Alahai, mudanya. Banyak lagi cabaran dan jalan yang boleh ditempuhinya selepas ini, kan?

Kampung people meletup

Tak boleh menafikan watak Jakfer telah melonjakkan nama pelakon baharu ini. Hun bagaimanapun menganggap bahawa ia sebagai pembakar semangat untuk terus melakukan yang terbaik dan meneroka bidang ini dengan lebih berani.

Kampung People ialah drama bersiri jenaka yang disiarkan menerusi slot Lestary di TV3. Turut sama membintangi drama ini ialah Elly Mazlein, Riena Diana, Rashidi Ishak, dan Datuk Fizz Fairuz.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my