Kolaborasi

Bila agaknya waktu terbaik nak mandi malam mengikut pakar?

Oleh  | 

LEPAS penat seharian dekat tempat kerja. Mandi sebenarnya boleh menjadi salah satu terapi yang baik untuk tubuh dan minda kita. Wangian yang kita gunakan untuk mandi boleh memberi ketenangan kepada kita. Nak lagi kalau kita boleh berendam di dalam bath tub sambil pasang lagu-lagu balada yang menenangkan.

Bukan itu sahaja, mandi sebenarnya adalah rutin yang boleh ‘membangunkan’ badan kita untuk selalu berasa segar. Kajian ada cakap, mereka yang tak mandi malam akan cepat rasa penat, mengantuk dan malas nak buat apa-apa aktiviti.

via GIPHY

Ha! jangan terkejut tau sebab rupanya ramai yang hanya mandi pagi sahaja. Malam diorang tak mandi. Ish ish! Mandi sebelum tidur adalah masa terbaik untuk memastikan kulit selalu sihat menurut pakar Dermatologi.

Mandi boleh membersihkan badan kita daripada sisa kotoran yang melekat pada badan kita setelah seharian beraktiviti. Sebagai contoh, debu mengandungi partikel seperti racun dan kuman.

Kalau dibiarkan, ia akan memasuki pori-pori kulit kita dan memberi masalah kepada kulit. Selain itu ia juga boleh memberikan masalah lain seperti muncul pula jerawat dan iritasi. Itu belum lagi masalah lain seperti kulit kusam, bintik hitam dan kulit kelihatan menua.

via GIPHY

Mandi di malam hari boleh menghilangkan semua make up, minyak, kotoran yang hinggap pada wajah sepanjang hari. Jangan biarkan tubuh korang tidur dengan kotoran sebegini yang masih melekat di wajah tau. Geli!

Jadi, lepas ni walau sepenat apapun kita. Ringankan kaki kita untuk ke bilik mandi dan bersihkan kotoran yang ada. Ha, tidur kita pun pastinya lebih nyenyak malam tu, kan?

Kalau badna dah bersih, rambut pula macam mana? Ha, jangan risau, korang boleh pergi salon yang menawark harga yang murah untuk bersihkan rambut korang macam offer dari superdeals ni.

via GIPHY

Jangan lupa ajak kawan-kawan sekali waktu buat rawatan rambut tu. Barulah meriah!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my