Serious?!

Bila kucing sendiri tunjuk ‘catwalk’ di pertunjukan fesyen Christian Dior

Oleh  | 

DI tengah kemeriahan pertunjukan koleksi baru busana rumah fesyen terkemuka, Dior yang berlangsung di Morocco baru-baru ini. Nampaknya majlis itu makin berseri apabila menerima kedatangan tetamu yang tidak disangka-sangka iaitu seekor kucing berwarna kelabu.

Dalam video yang dirakamkan penonton menunjukkan seekor kucing tanpa segan silu melintasi barisan model yang sedang berjalan memakai busana ekskusif Dior berwarna hitam. Dia seolah-olah menunjukkan bagaimana ‘catwalk’ yang mengancam kepada para hadirin yang hadir.

Daripada tekun melihat koleksi Dior, mata tetamu terus memandang kepada kucing berkenaan sekaligus menjadi tumpuan pertunjukan fesyen malam itu.

Kucing itu kemudian terus berjalan melintasi pentas peragaan menuju ke arah para penonton.

Ini bukanlah kali pertama seekor kucing datang dan mencuri perhatian semasa pertunjukkan fesyen. Perkara sebelum ini pernah terjadi di sebuah pertunjukan fesyen di Istanbul Oktober lalu.

Haih, macam-macam. Pandai pula si Kitty ni cari peluang dan caras job semua model Dior ni. Choi!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my