Be-You-Ty

Bila kulit korang rasa pedih dan kering, baca ini sekarang!

Oleh  | 

TANYALAH mana-mana gadis, memiliki glass skin adalah impian paling jitu dan padu untuk mereka. Bayangkan  memiliki kulit yang licin dan lembut seperti sutera tanpa cela. Siapa yang tak nak kan?

Namun, keadaan cuaca yang tidak menentu. Kadangkala terlalu panas terik. Kadang hujan boleh memberi kesan kepada kulit kita. Itu belum lagi faktor-faktor lain seperti stres atau tidak cukup masa untuk membersihkan sisa make up di wajah.

Ada pelbagai masalah kulit yang boleh berlaku seperti kulit berminyak seterusnya menyebabkan jerawat, tona kulit tidak sekata dan juga kulit wajah yang kering.

Bila kulit dah kering, mulalah timbul kedutan, sunburn yang mengundang rasa tidak selesa pada kulit wajah. Ini antara yang korang boleh lakukan nak pulihkan kulit yang kering.

Serum

via GIPHY

Selain pencuci muka, korang kena juga apply serum pada kulit korang. Ia dapat meningkatkan sistem imunisasi kulit dari sinaran bebas UV. Jika serum yang korang gunakan mengandungi vitamin E, ia akan merawat bahagian kulit yang merah dan merekah. Serum juga boleh membantu mengecilkan pori dan memberi kelembapan kulit berpanjangan.

Pelembap

via GIPHY

Kalau dah kulit kering, penggunaan pelembap memang sangat penting. Pelembap yang baik akan membantu kulit kita untuk mengembalikan protein keratin selepas mencuci wajah. Ada pelembap yang berbentuk krim. Ada juga produk yang berbentuk gel atau dipanggil ‘Aqua Gel‘. Ia bertindak memberi kesan serupa.

Masker

via GIPHY

Untuk mengembalikan kelembapan wajah. Kuasa aloe vera memang tidak dapat disangkal lagi. Ia ternyata memberikan kelembapan secara natural. Maka, korang disaran untuk membeli mask yang mempunyai ekstrak aloe vera. Korang juga boleh beli gel aloe vera dan sejukkan di dalam peti ais. Esoknya, korang sapukan ke wajah. Selepas 5 minit bilas dengan air biasa. Tada! Kulit korang akan lembap serta merta.

Selain wajah, mesti korang pun nak bibir yang lembap dan tidak kering. Bibir yang kering boleh menyebabkan rekahan dan rasa pedih ketika makan.

Kalau yang itu, korang jangan risau. Sebab masalah itu boleh diselesaikan dengan membeli lip balm  yang memang tip top macam dekat superdeals ni.

Orait itu sahaja yang team Dhia nak kongsikan hari ini. Cuba share juga tip kecantikan korang dengan kami dekat ruangan komen. Selamat memanjakan kulit.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my