Serious?!

“Bila masa saya hina?” Diselar kerana pentingkan rupa, A. Aida tetap pertahankan kenyataan

Oleh  | 

INDUSTRI hiburan negara kecoh seketika apabila pengarah dan penerbit terkenal, Datuk A. Aida menyuarakan pendapatnya tentang  faktor fizikal dan rupa menjadi perkara penting untuk menjadi hero atau heroin dalam bidang lakonan. Menurutnya lagi, tidak mahu untuk terus jadi hipokrit, dia perlu berterus terang tentang senario bidang lakonan dalam negara kita ini yang sememangnya memandang rupa sebagai faktor yang penting untuk menjadi pelakon.

Foto: Beautifulnara

Tindakan A. Aida berterus terang tentang norma sebenar industri hiburan di negara ini mendapat banyak perhatian daripada semua pihak. Beberapa artis seperti Sharifah Amani, Que Haidar dan Ogy Ahmad Daud menyelar kenyatannya dan menganggap A. Aida seolah menghina kejadian Tuhan.

Menurut sebuah portal tempatan, A. Aida mengeluarkan kenyataan baharunya dan menafikan yang dia tidak berniat untuk menghina sesiapa yang tidak mempunyai rupa tetapi dia cuma menyampaikan kenyataan sebenar yang berlaku dalam industri hiburan negara kita.

“Bila masa saya hina? Saya tak ada niat sebesar kuman untuk menghina sesiapa pun. Kalau nak kata saya hina kenapa pula saya ambil bakat-bakat baharu termasuk mereka yang tidak ada rupa untuk diberi pendedahan di bawah syarikat saya,” 

Foto: Mstar

A. Aida menambah lagi, perkara yang dia bangkitkan sememangnya realiti kehidupan dan tuntutan masa kini. Pada hari ini, industri hiburan sememangnya memerlukan pelakon yang mempunyai rupa bagi tujuan melariskan sesebuah drama atau filem untuk tujuan “business”.

A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 48,  berharap agar pihak yang menyelarnya sedar akan norma ini dan meminta mereka untuk tidak menjadi hipokrit mempertahankan perkara yang sememangnya bertentangan dengan realiti.

Menurutnya lagi, dia tidak kisah untuk menerima tohmahan dan cacian daripada orang ramai malah dia telah menyekat seramai 500 orang pengikutnya di Instagram yang meninggalkan komen negatif di akaun Instagramnya.

Ha, korang rasa betul ke nak jadi pelakon drama atau filem kena cantik kena handsome? Tapi pernah ke korang tengok TV hero dengan heroin dia tak cantik tak handsome? Gitteww

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my