DhiaLova

Bila member tak jadi kahwin, jangan sebut benda ini depan muka dia

Oleh  | 

BAB kahwin ni memang benda besar, geng. Bukannya macam kita rancang parti hari jadi. Kalau tak jadi, kita boleh buat lagi tahun depan. Namun apakan daya, kadangkala kita hanya merancang sahaja.

Tapi Tuhan yang menentukan sama ada jodoh kita sampai ke gerbang perkahwinan atau terlerai beberapa hari menjelang hari istimewa itu.

Kejadian malang ini boleh menimpa siapa sahaja termasuklah mereka yang terdekat dengan kita. Maka, tak hairanah kalau ramai yang akan tertanya-tanya bila sesuatu majlis terbatal. Ya, korang memang nak tahu alasannya tanpa meukakan hati dia. Sebab itu kalau boleh, korang kena elakkan memberi reaksi seperti di bawah.

via GIPHY

“Alamak, kena batal? Sayangnya, sebab aku dah lama tunggu!”

Percayalah yang dia adalah orang yang paling sedih kalau situasi seperti ini berlaku. Pertanyaan macam ini tak akan buat hati dia kuat. Memang benda yang dirancang tak boleh diulang. Jadi, sebaiknya korang jaga lisan supaya itu bukanlah ucapan pertama yang korang sebut kali pertama jumpa dia.

Sebab tu la kalau rasa tak yakin, janganlah pandai nak kahwin. Umur pun muda lagi

Kawan korang tak kahwin sebab faktor umur. Memang kedua-duanya dah siap sedia dari segi mental dan fizikal untuk kahwin. Janganlah pandai-pandai buat andaian sendiri dan persoalkan niat baik dia.

Habis orang ramai yang korang dah invite tu macam mana?

Aduh, benda berkaitan undangan ini dia pun tahu. Tak payah tanya pun tak apa. Semestinya dia dah bertahu awal-awal dengan orang terdekat tentang pembatalan majlis ini.

Aku dah agak yang korang memang tak sepadan

Sebelum korang nak cakap benda ini, silalah fikir seribu kali dulu ya. Sepadan atau tak dia dengan kekasihnya bukan korang yang tentukan. Benda ini adalah kepantangan paling besar yang sepatutnya korang tak sebut depan muka kawan korang yang tengah sedih.

via GIPHY

Hidup memang penuh kejutan. Mungkin hari ini dia yang mengalami masalah ini. Tapi siapa tahu di masa mendatang korang pula yang akan merasai benda yang sama.

Jadi, sebelum ucapkan apa-apa, silalah fikir banyak kali apa yang akan korang rasa sekiranya korang berdiri di tempatnya.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my