Serious?!

Bila seseorang bertukar watak menjadi seorang antagonis! Kaji selidik Standford Prison

Oleh  | 

SEORANG Profesor dari Stanford University iaitu Philip Zimbardo telah melakukan satu kajian yang bertujuan untuk mengkaji tentang psychology effects apabila manusia menerima kuasa dan memfokuskan tentang kepayahan hidup.

Pada 14 hingga 20 Ogos 1971, Zimbardo telah melakukan eksperimen yang digelar Stanford Prison Experiment yang menggunakan pelajar kolej dan diberikan tugas sebagai pengawal atau banduan di dalam sebuah penjara buatan. Selain itu, Zimbardo juga menjadi seorang ketua pengawal di dalam penjara tersebut.

Pada awalnya dia mengambil  pelajar lelaki dan memberitahu yang mereka akan dibayar untuk menjadi sebagai bahan uji kaji kajian tersebut dan 24 orang telah menawar diri untuk menyertai kaji selidik ini dan mereka sihat dari segi mental dan fizikal.

Seramai 12 orang dipilih untuk menjadi seperti banduan manakala 12 orang lagi dipilih untuk menjadi pengawal penjara.

Dalam kaji selidik ini, mereka dianggap seperti banduan sebenar dimana mereka diambil di rumah pada hari kejadian seperti seorang penjenayah dengan menggunakan kereta polis dan dibawa ke penjara kaji selidik.

Zimbardo menyatakan kepada pengawal yang mereka boleh melakukan apa sahaja terhadap banduan dengan menganggap banduan-banduan tersebut sebagai penjenayah sebenar.

Pengawal juga diberikan baju seperti seorang pengawal, kayu baton, dan diberikan tempat yang selesa untuk berehat. Manakala banduan dipakaikan baju banduan dan diletakkan di dalam sel penjara.

Ketika kajian ini dilakukan, pengawal bertindak agresif terhadap banduan dengan membuli dan menghukum setiap banduan tanpa belas kasihan. Ada yang dipukul, tidak diberi makan, dibogelkan dan sebagainya.

Zimbardo tidak menghalang tindakkan itu sebaliknya membiarkan pengawal mendera banduan itu. Selepas 35 jam, salah seorang banduan telah menjadi gila dan tak mampu untuk bertahan dan terpaksa dikeluarkan.  Selepas itu beberapa lagi banduan dikeluarkan daripada penjara kerana mengalami masalah mental yang sangat teruk dan tak dapat meneruskan kajian.

Namun kajian masih diteruskan dan banduan yang selebihnya terus diseksa selama 6 hari berturut-turut. Pada hari ke 6, kaji selidik ini dibatalkan apabila teman wanita Zimbardo mengetahui tentangnya kaji selidik ini. Zimbardo menyatakan yang dia tidak menyedari tentang apa yang telah dilakukan dan dia menyedari bahawa kuasa telah menyebabkan dia berubah menjadi seorang yang antagonis.

Disebabkan kajian ini terhasillah sebuah teori yang diberi nama The Lucifer Effect iaitu manusia yang baik boleh berubah menjadi jahat dan tidak sedar akan kejahatannya apabila diberikan kuasa.

Kajian yang sepatutnya dilakukan selama dua minggu terpaksa dibatalkan kerana kekejaman yang dilakukan oleh mereka. Mereka yang terlibat dalan kaji selidik ini sebenarnya seorang yang biasa dan tiada sebarang rekod jenayah tetapi menjadi jahat dan kejam apabila melakukan kaji selidik ini.

Selain itu, kajian ini juga ditujukan kepada US Army untuk menilai mengapa tentera Amerika Syarikat bertindak agresif terhadap banduan perang mereka dan ternyata kajian ini membuktikan seseorang yang mempunyai kuasa mampu untuk menjadi kejam jika tidak dikawal.

 

 Sumber:Wikipedia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my