D-Life

Bila waktu yang ‘best’ nak ‘study’? Kenali dulu personaliti diri korang dengan ini…

Oleh  | 

BENDA tentang kriteria ‘morning person’ dengan ‘night person’ ni kita dah pernah dengar sekolah lagi, kan? Benda ini orang selalu sembang kalau nak menunjukkan tingkat produktiviti seseorang. Sebab itulah ada orang yang akan belajar waktu pagi dan ada juga yang lebih cenderung belajar pada waktu malam.

Sebenarnya selain dua kriteria ni, sebenarnya ada lagi satu jenis manusia lagi tau iaitu napper. Ha! Benda ni baru sahaja didedahkan oleh penyelidik daripada Rusia dan Belgium.

via GIPHY

Kajian yang dilakukan ahli penyelidik berkenaan meminta seramai 1,300 orang peserta untuk mengisi sebuah borang tentang kesihatan tidur mereka.

Melalui survey ini menunjukkan para responden menunjukkan waktu yang berbeza ketika menjawab soalan tersebut.

Morning person selalunya mempunyai waktu kemuncak paling produktif sekitar jam 9 hingga 11 pagi. Mereka pula akan menjadi sangat mengantuk menjelang malam.

Bagi manusia malam pula, berbeza dengan morning person. Ia akan menjadi sangat produktif pada waktu malam dan sangat mengantuk menjelang pagi. Rasa mengantuk mereka akan hilang menjelang jam 11 pagi.

via GIPHY

Ada juga kelompok nappers yang memulakan hari pada pukul 11 pagi. Selalunya orang jenis ini akan sangat mengantuk pada pukul 3 petang namun kembali produktif pada pukul 10 malam.

via GIPHY

Ha, jadi agak-agaknya bilakan waktu terbaik korang bekerja? Siang, malam, atau kedua-duanya sekali. Beruntunglah mereka yang boleh belajar pada bila-bila masa. Kalau korang jenis yang produktif belajar pada waktu tengah malam macam sis, korang buatlah sedemikian. Pulun habis semua assignment dan buat nota habis-habisan. Tapi jaga-jaga. Jangan sampai terlepas kelas keesokkan paginya.

Cara kita belajar mungkin berbeza, tapi yang penting adalah kita semua berusaha nak dapatkan pointer yang bagus. Semoga kita semua berjaya! Gambatte!

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my