DhiaLova

Bila waktu yang tepat untuk bercinta balik setelah patah hati?

Oleh  | 

KORANG pernah tak dengar lagu lama nyanyian Alleycats?

‘Jika kau bercinta lagi, bercintalah sesungguhnya.’

Patah hati adalah stage yang sangat memeritkan. Di tahap yang lebih ekstrem, ada yang kecewa sehingga tidak mempercayai lelaki dan tidak mahu bercinta.

Namun, kepada mereka yang terbuka hati untuk menerima orang baru di dalam hidup, mesti terfikir-fikir bila agaknya waktu yang sesuai untuk bercinta. Ini kerana, sekiranya kita tersilap langkah, ia bakal mengundang kekecewaan yang lebih besar di dalam hidup.

Jom kita semak apa kata pakar perhubungan dari New York bernama Dr. Paulette Sherman yang menulis Dating From The Inside Out.

Tiada waktu yang spesifik

via GIPHY

Menurutnya, tiada waktu yang spesifik untuk kembali bercinta. Namun, korang harus memberi ruang untuk membiarkan diri korang melupakan bekas kekasih korang.

“Jika korang masih berasa sakit dan terseksa secara emosi oleh bekas kekasih. Itu tandanya korang belum siap sedia untuk bercinta”

Korang kena terima dulu yang bekas kekasih korang hanyalah masa lalu dan pasti ada sesuatu yang lebih baik menanti korang.

Mempercayai diri sendiri

via GIPHY

Menurutnya lagi, sangat penting untuk kembali mempercayai diri korang sendiri. Korang harus membina kekuatan yang telah rapuh di dalam diri. Memang mustahil untuk melupakan semua kenangan bersamanya. Tapi korang boleh mengharunginya. Korang boleh mengambil pengajaran agar tidak mengulangi kesalahan pada perhubungan yang pertama.

Kenal pasti kemungkinan korang bersedia

via GIPHY

Kalau korang sudah move on dan mula bersedia mencari kekasih baru. Itu sebenarnya petanda yang baik. Namun, jika korang masih lagi takut-takut dan terasa pedih di dalam hati. Itu bermakna korang masih belum siap menerima orang baru di dalam hidup.

Jika korang meneruskan perhubungan baru dalam keadaan yang belum siap melupakan kenangan dengan kekasih lama, perhubungan korang selepas itu mungkin tidak bertahan lama kerana sebenarnya korang hanya nak buat bekas kekasih berasa cemburu.

Peristiwa patah hati berbeza pada setiap orang. Ada yang boleh move on dalam masa 2 bulan. Ada juga yang ambil masa lama betul nak move on.

Apa pun alasannya. Korang memang berhak bahagia dan dibahagiakan!

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my