Dhiaventure

‘Bilik busuk, tilam berdarah’ – Lelaki ini cerita kisah seram rumah peninggalan bomoh Siam di Kedah

Oleh  | 

Paranormal : Episode 27 – Rumah Bomoh Siam Part 2

KALI ini di Podcast Ais Kacang, Syai dan Amir yang juga merupakan antara ahli kumpulan Seekers yang mencari entiti paranormal di Malaysia bercerita tentang pengalaman mereka pergi ke sebuah rumah bomoh siam beberapa tahun lalu untuk tujuan pengambaran.

Rumah yang dikatakan milik bomoh siam ini terletak di tengah kebun getah di Kedah. Menurut orang kampung, tiada siapa yang berani masuk ke kawasan tersebut selepas matahari terbenam.

Ketika kru Seekers melakukan tinjauan, mereka berasa aneh kerana kawasan rumah tersebut kelihatan seperti terpelihara tanpa semak samun. Seperti ada yang sedang menjaga rumah tersebut.

via GIPHY

Berdebar-debar

 “Waktu interview senja tu,aku memang dah rasa something. Macam aura tak sedap. Dada berdebar. Bila dah habis interview, Alif pun cakap dia rasa berdebar. Bos pesan jangan masuk rumah tu. Tapi aku langgar. Aku masuk.

“Ada aura lain tau. Keadaan rumah itu sangat tersusun dan mencurigakan. Tepak setanggi dan peralatan sembahyang berada di tengah rumah. Aku rasa macam tak nak keluar. Sampailah ada seorang kru produksi panggil aku keluar” cerita Syai.

Bukan itu sahaja, selepas itu Syai didatangi aura lain dari belakang dengan pakaian ala-ala sami yang menghalaunya keluar.

“Aku cakap tak boleh, sebab kerja tak siap lagi.”

Tidak lama selepas itu, kru Seekers terjumpa sekeping gambar lelaki semasa khursus sami dipercayai tuan kepada rumah berkenaan.

Bilik busuk, tilam berdarah

Terdapat satu bilik berkunci di  tingkat atas rumah berkenaan yang berjaya dipecahkan kru Seekers. Sebaik sahaja dipecahkan, mereka membuka pintu bilik berkenaan dan terhidu satu bau busuk yang sangat kuat.

“Dekat situ ada tilam berdarah dan bau yang tidak menyenangkan.” ujar mereka.

Macam ada orang mengintai

via GIPHY

Ketika kru Seekers meletakkan sukarelawan di dalam rumah berkenaan. Sukarelawan tersebut bercerita pengalamannya ternampak entiti menjengah dan mengintainya dari almari.

“Sampai suatu tahap aku nampak sukarelawan dah tak selesa, jadi aku pergi masuk. Aku sangat marah sebab nampak tiba-tiba ada telur dekat situ. Kepada sesiapa tak tahu, telur kalau campur dengan Hantu Panjang, automatik dia akan jadikan kau tuan dia.” cerita Amir.

Pengambaran berjaya dijalankan dan mereka selamat pulang. Namun lepas pengambaran, mereka kembali menonton visual yang dirakam kamera 360 yang ditelakkan di dalam rumah berkenaan.

“Ada satu kerusi rotan lama dekat tingkat atas, bila kerusi tu pusing dua tiga kali kita nampak lembaga berupa pochong tengah baring bawah kerusi dan muka mengadap kita.” katanya menutup cerita.

Dengarkan lebih cerita-cerita seram, di Podcast Ais Kacang.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my