Serious?!

Bintang Youtube ‘off market’, tapi kenapa PewDiePie ‘sangkut’ dengan Marzia?

Oleh  | 

KALAU korang banyak layan video dekat Youtube, mesti korang kenal PewDiePie atau nama sebenarnya Felix Kjellberg. Felix berkongsi berita gembira kepada dunia mengahwini kekasihnya iaitu Marzia Bisognin yang juga seorang influencer dari Itali. Amboi, sama cantik sama padan!

Berita itu dikongsikan sendiri PewDiepie menerusi laman Twitternya dan memuat naik beberapa keping gambar dengan kapsyen

“Saya sangat bertuah untuk berkongsi hidup dengan wanita hebat ini!”

Alahai, cair sis tengok gambar perkahwinan mereka ni. Marzia terlihat sangat anggun dalam gaun disamping Felix yang segak bersarung tuxedo. Majlis penuh cinta itu berlangsung di Temperate House dan Nash Conservatory bertempat di Kew Gardens, London.

“Saya sangat bersyukur sebab semua orang sanggup meluangkan masa menghadiri dan membantu meraikan majlis kami. Saya sangat bertuah kerana dicintai. Saya sangat bahagia dapat memanggil felix dengan gelaran suami sepanjang hayat saya,” kata Marzia.

Macam mana boleh ‘sangkut’?

Sebenarnya kedua-dua bintang alam maya ini pada awalnya bertemu pada tahun 2011 dan bercinta sejak itu. Sekarang, mereka tinggal di Brighton bersama-sama.

 

Sebenarnya, pasangan kekasih ini dah bertunang pada tahun 2018 di Jepun. Tapi masing-masing pandai simpan rahsia daripada pengetahuan umum.

Kenapa tarikh perkahwinan dipilih semalam? Sebabnya masing-masing berjumpa pada tarikh yang sama lapan tahun lalu sewaktu pertama kali mereka bertemu.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my