DhiaLova

Boleh buat gaduh, ini 5 benda yang pantang disebut bila ‘member’ putus cinta

Oleh  | 

SATU hari korang balik rumah. Korang nampak bilik kawan korang gelap. Korang dengar pula tangisan tak berhenti. Bila korang ketuk pintu dan jenguk ke dalam bilik. Rupanya kawan korang tengah menangis sampai bengkak mata sebab orang yang dicintainya tak setia dan memilih untuk berpisah.

Patah hati ialah perasaan paling buruk pernah dihadapi oleh sesiapa sahaja. Ia boleh membuatkan seseorang itu kemurungan, tak lalu makan dan asyik menangis mengenangkan kesedihan yang bersarang di dalam hatinya. Tidak mudah melupakan seseorang yang pernah disayangi sepenuh hati.

Sebagai seorang kawan yang baik. mestilah korang nak pujuk kawan korang itu agar dia berasa tenang. Tapi hati-hati, ini antara 5 benda yang korang jangan sebut di depan kawan korang yang putus cinta.

via GIPHY

Kumbang bukan seekor

Sebenarnya benda ni memang banyak orang sebut pun. Niatnya nak buat kita cepat move on dan cari orang baru. Tapi, tanpa korang sedari, korang sebenarnya telah merendahkan hubungan kawan korang yang sudah berakhir. Seolah-olah itu benda kecil yang patut dilupakan.

Nanti jumpalah orang lain

via GIPHY

Ha yang ini pun korang jangan sebut. Bayangkan kawan korang baru sahaja putus cinta dan menangisi segala yang terjadi. Tapi korang boleh senang-senang suruh dia cari orang lain. Berilah dia ruang dan masa. Susah tau bila kita dah putus cinta lepas tu nak bina kepercayaan untuk menerima seorang lelaki.

Dia memang celaka

Ya, mungkin korang betul. Tapi cuba fikir cara yang lebih baik seperti membuat refleksi terhadap perhubungan korang.

“Dulu kau selalu cakap dia baran. Lepas ni kau tak adalah nak kena hadap baran dia lagi,”

Kau lagi cantik dari girlfriend baru dia

via GIPHY

Tak payah nak buruk-burukkan perempuan lain untuk menyelamatkan hati kawan korang tu. Kalau korang membandingkan kehidupan kawan korang dengan orang lain, benda itu tak sihat. Apa yang perlu korang lakukan ialah selalu ingatkan kawan korang yang dia cukup hebat untuk mengharungi semua ini.

Mungkin kau tak bagi apa yang dia nak

Jangan pernah buat kawan korang rasa dia tak berharga. Perpisahan terjadi kerana kedua-dua belah pihak tak ada kompromi dan tak boleh bersetuju untuk sesuatu perkara. Tak perlu nak jadi provokatif.

Apapun jodoh adalah ketentuan. Kita hanya boleh berusaha untuk mempertahankan perhubungan. Jangan terlalu memaksa untuk move on. Kita semua perlukan masa untuk merelakan.

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my