Serious?!

Boleh gugur jantung! Siapalah yang buat bungkusan macam Pocong ni

Oleh  | 

BAYANGKAN kita tengah memandu seorang diri di sebuah kawasan sunyi. Tiba-tiba kita ternampak sebuah lembaga berwarna putih melompat-lompat menghampiri kita. Tak ke kecut perut dan gugur jantung kita dibuatnya! Waktu itu, nak baca ayat pelindung pun berterabur agaknya sebab cuak sangat.

Ha, baru-baru ini agak kecoh juga di laman sosial apabila netizen memberikan reaksi terhadap posting Mohamad Hasnaim yang terkejut apabila melihat bungkusan menyerupai pocong belakang sebuah kereta di Kulim, Kedah.

 

“Kejadian ini berlaku pada saya sendiri semalam dalam anggaran jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik dari Kulim Mall.

“Memang tak ada apa-apa, cuma berhati-hati kerana ini mungkin salah satu taktik nak merompak. 

“Kalau betul hampa nak melawak main, bukan laguni cara dia. Ni hampa nak penaya orang sungguh. Kalau ada ternampak kereta ini, usha-usha lah tengok sapa,” katanya.

Hasnaim kemudian melaporkan hal tersebut kepada pihak polis untuk tindakkan lanjut. Pemilik kereta berkenaan pun  turut tidak menyedari ‘pocong’ yang diikat di belakang kereta miliknya.

“Ada individu  atau pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja meletakkan bungkusan menyerupai pocong di atas kereta tersebut. 

“Tidakan kurang matang ini telah menyebabkan kegusaran dan kerisauan pengguna jalan raya,” katanya lagi.

Ha lepas ni sesiapa yang dekat area Kulim tu tolongkah berhati-hati. Kita tak tahu apalag agaknya motif mereka melakukan ini semua. Semoga kita selalu dilindungi dari benda jahat ini. Tak ada kerja betul mereka yang buat ni, kan? Haih.

Sumber: Info Berita Semasa, M Star

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my