Serious?!

Boleh ke golongan mak nyah pergi umrah? PU Rahmat kata…,

Oleh  | 

DARI semalam  Twitter dah hangat membincangkan kes seorang usahawan kosmetik mengerjakan umrah berpenampilan wanita. Mana tidaknya, ramai yang mendakwa usahawan kosmetik ini sebenarnya lelaki. Jadi ramailah yang mempersoalkan tindakan usahawan itu dan menganggap ia sebagai sebuah kesilapan yang besar.

Ramailah yang mula tertanya-tanya, adakah golongan transgender ini salah kalau pergi umrah? Kalau mereka pergi umrah, nak kena pakai pakaian lelaki ke perempuan. Masing-masing pun pening. Bab agama ini, memang ramai yang sensitif. Persoalan seperti ini pun kerap kali juga diajukan oleh wakil syarikat agensi umrah.

Maka, untuk mengulas mengenai isu ini, Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan ada berkongsi di laman  Facebook beliau mengenai isu ini.

Menurut Rahmat, walaupun mereka transgender, namun mereka juga layak dan harus mengerjakan ibadah Islam selagi mereka Muslim. Cuba ada syarat yang perlu mereka patuhi.

Wajib buat umrah ikut asal jantina

Kalau dia asalnya seorang lelaki, maka dia kena buat umrah ikut jantina asal mereka dan begitulah sebaliknya. Lelaki wajib berihram dan perempuan bertelekung bagi menghormati kesucian Tanah Haram.

Bukan itu sahaja, tandas, bilik, dan ruang solat juga tidak boleh bercampur dengan wanita tulen.

Kalau agensi umrah tak ikut syarat…

Rahmar juga berkata, sekiranya ada mana-mana agensi umrah yang tidak mengikuti syarat yang ditetakan. Pihak agensi juga dianggap telah bersubahat untuk melakukan perkara mungkar di tanah suci.

Walaupun begitu, pihak agensi umrah yang membawa usahawan kosmetik itu bagaimanapun menyatakan pihaknya sudahpun memberitahu syarat-syarat yang ditetapkan sebelum mereka berangkat.

Semoga kes ini menjadi pengajaran kepada kita semua. Semoga ibadah umrah kita semua diterima oleh Allah yang maha pengampun dan penyayang.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my