D-Life

Boleh ke kenal karakter orang melalui bentuk kening? Baca ni!

Oleh  | 

SETIAP orang memiliki pelbagai jenis karakter. Biasanya kita perlu masa untuk mengenali sifat sebenar seseorang itu. So tak boleh lah dari awal kita terus judge someone tu sombong ke atau jahat. Namun, kita juga boleh mengenali keperibadian seseorang itu mengikut psikologi tau. Salah satunya adalah menerusi bentuk kening kita. Sejauh mana kebenaran itu ye? Ha, kalau nak tahu korang kena baca artikel ni sampai habis!

KENING MELENGKUNG

Image result for eyebrow

Wanita yang mempunyai kening melengkung disifatkan sebagai seorang yang mudah dan tidak suka merumitkan keadaan. Wanita yang memiliki kening melengkung ini biasanya tidak menyukai drama-drama yang berlaku disekelilingnya dan lebih memilih untuk menjadi sederhana.

KENING LURUS

Image result for eyebrow

Bagi mereka yang memiliki kening lurus, korang disifatkan sebagai seorang yang jujur dan suka berterus terang. Menurut portal brydie.com, mereka yang memiliki kening lurus memiliki sifat yang terbuka dan tidak malu untuk menceritakan semua perkara kepada orang lain. Tak hairanlah kalau orang yang memiliki kening lurus ini sejenis yang suka menyakiti hati orang lain. Tapi tak semua lah ye.

KENING TINGGI

Image result for eyebrow

Wanita yang mempunyai kening tinggi disifatkan sebagai seorang yang berani dalam mengekspresikan apa yang mereka rasa. Mereka sering mendapat perhatian ramai disebabkan keberanian dan kehebatan mereka dalam melontarkan sesuatu perkara. Hmm, menarik juga ye orang yang berkening tinggi ni.

KENING PENDEK

Image result for eyebrow

Wow, tahu tak wanita yang memiliki kening pendek sebenarnya seorang yang gigih dan detail dalam menilai sesuatu perkara. Mereka juga seorang yang rajin bekerja dan mampu menyelesaikan tugas yang diberikan dengan sempurna.

KENING TEBAL

Untuk mereka yang memiliki kening yang tebal, korang sebenarnya seorang yang natural dan menggemari keindahan alam. Untuk mereka yang mempunyai kening tebal, mereka disifatkan sebagai seorang wanita yang sentiasa mensyukuri dengan apa yang mereka miliki dan menerima seseorang dalam hidup mereka apa adanya. Wahh, untung siapa ada kekasih berkening tebal ye.

So, mana satu jenis kening korang? Tapi maaf la ye, belum ada kajian psikologi lagi tentang ciri-ciri seseorang yang mencukur kening mereka. Kena tilik sendiri lah. Hiks! 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my