D-Life

Boleh ke nak ambil hati orang yang korang baru jumpa dalam masa seminit?

Oleh  | 

PERNAH tak korang gementar nak jumpa orang baru dalam hidup? Benda macam itu normal sebenarnya. Yelah, first impression kan penting. Nak lagi kalau itu penting contoh macam bakal mak mertua atau bakal majikan. Tak nak la seminit awal kita jumpa mereka, habis mereka judge kita benda yang bukan-bukan.

Jadi, untuk mengelakkan perkara ini terjadi dan menghalang korang daripada menangis tak berlagu. Apa kata korang baca artikel ini sampai habis sebab sis nak kongsikan benda yang patut korang buat untuk pastikan korang berjaya ambil hati orang-orang baru yang korang jumpa.

Salam dan pandang mata

Kalau korang nak dapatkan kepercayaan seseorang, korang kena tengok langsung dekat mata orang itu. Selain daripada itu, bersalam juga boleh memberi pengaruh dekat seseorang. Waktu korang salam seseorang pastikan bahagian antara jari telunjuk dengan ibu  jari berhubung dengan tangan orang yang korang tengah salam. Ia menunjukkan yang korang seorang yang yakin dan boleh dipercayai.

via GIPHY

Jangan sombong

Sebenarnya sangat penting tau sikap baik saat apabila kita bertemu orang lain. Kita tak mudah melupakan kebaikan begitu juga kejahatan. Bayangkan seseorang bertemu kita, tapi kita berlagak dan sombong. Mereka senyum kepada kita tapi kita memalingkan wajah. Dia akan bercerita kekecewaan yang dirasakan kepada orang lain. Mereka akan menanam kebencian itu seumur hidup di dalam hidupnya.

Bertanya soalan

Untuk buat korang berbual dengan orang baru yang korang jumpa. Apa kata korang mulakan dengan bertanya soalan yang sudah pasti akan memberikan jawapan yang panjang lebar.

“Dengar cerita makcik baru balik dari bercuti di Korea. Macam mana keadaan dekat sana?”

via GIPHY

Ha, lepas itu biarkan dia bercerita dan korang jadilah pendengar yang baik. Beri perhatian seolah-olah korang benar-benar berminat dengan ceritanya.

Memberi, kemudian menerima

CEO The Boutique Hub, Ashley Anderson pernah berkata bahawa dunia ini dipenuhi dengan konsep give and take iaitu memberi dan menerima. Semakin banyak kita berikan termasuklah layanan, pengetahuan, dan waktu. Maka besarlah peluang kita untuk menerima sesuatu yang lebih besar juga kepada seseorang.

via GIPHY

Jangan terlalu menjilat

Seorang ahli muzik, Andrea Callanan mengakui banyak orang selesa dan senang hati berjumpa dengannya buat pertama kali. Tipsnya, jangan terlalu nampak sangat korang terlalu mencuba dan menjilat. Jadilah diri korang sendiri. Kalau terlalu banyak sangat memuji nampak sangat korang ikhlas.

Jadi, itulah antara tips yang boleh sis berikan sekiranya korang berjumpa orang baru dalam hidup. Selamat mencuba!

via GIPHY

Sumber: Kompas.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my