DhiaLova

Bongkar perangai-perangai ‘playgirl’ paling durjana abad ini

Oleh  | 

KALAU nak sembang tentang curang dan patah hati ini, ia tak hanya terjadi kepada lelaki. Perempuan pun ada jenis yang curang dan bijak mematahkan hati lelaki.

Benda-benda macam setia dalam relationship ini bukan boleh diajar. Kalau korang jenis suka tukar-tukar teman pengganti atau ‘pasang’ dua atau tiga, korang akan kekal macam itu sampai bila-bila melainkan korang betul-betul nak berubah. Tak semua lelaki adalah trash, sis.

Kalau korang memiliki ciri-ciri playgirl yang disenaraikan ini, mungkin korang boleh duduk bermuhasabah diri mengenangkan betapa hancurnya hati lelaki yang pernah korang punahkan.

Semua tentang diri korang

via GIPHY

Dalam perhubungan, sepatutnya kedua-dua pihak harus saling memberi dan menerima. Bukan hanya satu pihak sahaja yang peduli. Namun, dalam kehidupan seorang playgirl, dia terlalu mementingkan dirinya sahaja dan mengharapkan lelaki akan memahami dirinya seorang. Dia tidak pernah mahu mengambil tahu dan bertanya khabar kekasihnya. Apa yang penting baginya, dia mendapat apa yang diingini.

Bermain dengan insecurities

Oleh sebab playgirl selalu ingat diri diorang ‘mahal’. Maka dia akan selalu bermain dengan insecurieties pasangan dia. Sebagai contoh, dia selalu kata dekat boyfriend dia ‘kalau awak tak dapat dapatkan saya ini dan itu, ramai je lelaki yang boleh dapatkan untuk saya’. Dia mulalah riak  memberitahu senarai kawan lelakinya yang dilihat lebih baik dan cukup serba serbi di sekelilingnya. Ha, mulalah kekasih dia cuak dan sangup buat apa sahaja untuk puaskan hati si player, haish!

Bayar semua benda

via GIPHY

Okay ini satu lagi perangai playgirl. Di saat perempuan di luar sana berusaha nak menjadikan diri mereka lebih baik dan cemerlang dalam kerjaya. Playgirl pula jenis tidak berminat dengan itu semua dan lebih bergantung kepada duit orang. Dia tak kisah kalau dilabel sebagai gold digger asalkan hidupnya bahagia.

Terima kasih? Apa tu?

Antara ciri lain playgirl ialah, dia tak pernah menghargai usaha yang diberikan kekasihnya. Selalu sahaja ada yang tak cukup. Punyalah si kekasih beri kejutan macam-macam, tapi kena lahar pula sebab pakaian tak cukup onz waktu ‘date’. Si player pula, dia sudah biasa mendapatkan kejutan dan perhatian lelaki lain.

Tak kisah kehilangan

via GIPHY

Si player memang tak pernah rasa kehilangan dan cuak kalau kekasih dia nak bla dari hidup dia. Sebab dia boleh dapatkan ramai lagi lelaki kacak dan kaya dari apa yang dia ada sekarang. Sebelum nak putuskan hubungan, dia dah ready dua, tiga lelaki untuk dia date. Banyak lagi options dia ada.

Ada banyak jenis perempuan yang kita boleh jadi dalam dunia ini. Periang, peramah, sopan santun, pilihan di tangan anda. Jadilah apapun, asalkan bukan playgirl. Akhir kata, ingatlah. Apa kita beri, itulah yang kita akan dapat nanti. Hiks!

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my